Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Peminat Liverpool ‘mahu jadi Muslim’ kerana Mohamed Salah

Keunikan sorakan itu terletak pada liriknya, yang menyatakan para penyokong mahu menjadi Muslim seperti Salah dan jika Salah berada di masjid, di situ jugalah mereka ingin berada.

Anggaran Waktu Membaca:
Peminat Liverpool ‘mahu jadi Muslim’ kerana Mohamed Salah

(Gambar: ADRIAN DENNIS / AFP)

Diterbitkan : 16 Feb 2018 01:06PM Dikemas Kini : 16 Feb 2018 01:09PM

LONDON: Kehebatan pemain Liverpool ini tidak dapat disangkal lagi. Malah namanya, Mohamed Salah, menjadi sebutan. Tambah menarik lagi, beliau adalah pemain handal yang beragama Islam.

Para penyokong Liverpool turut mencipta beberapa sorakan khusus buat beliau yang digelar “raja Mesir”. Salah satunya dicipta semasa perlawanan menentang FC Porto di Stadium Estadio do Dragao. Ia diberi tajuk ‘The Mo Salah Song’, lapor Arab News.

Kejayaan Liverpool meraih kemenangan besar di padang lawan memberi alasan yang cukup kuat untuk para penyokongnya berpesta.

Ia adalah kejayaan pertama The Kop melepasi pusingan kalah mati pertandingan Liga Juara-Juara Eropah sejak 2009, lapor Malaysiakini.

Keunikan sorakan itu terletak pada liriknya, yang menyatakan para penyokong mahu menjadi Muslim seperti Salah dan jika Salah berada di masjid, di situ jugalah mereka ingin berada.

Ternyata sorakan itu berkesan kerana Salah menjaringkan gol semasa perlawanan tersebut sekaligus meraih gol beliau yang ke-30 dalam semua perlawanan musim ini, lapor Arab News.

Sorakan itu turut menjadi hits dalam kalangan para peminat di media sosial. Salah sendiri memberikan respons positif dengan memuat naik catatan tweet tiga ‘emoji’ bermata hati, lapor Arab News.

Saksikan sendiri sorakan itu menerusi video berikut:

Baru berusia 25 tahun, beberapa laporan menggambarkan Salah sebagai seorang Muslim yang baik dan banyak membantu orang ramai.

Antara kisah yang banyak diperkatakan mengenai Salah adalah semasa dia bermain untuk kelab Al-Ittihad Alexandria di Mesir, lapor laman Malaysiakini.

Pada suatu hari rumah keluarganya dirompak dan penjenayah terbabit ditahan polis dua hari kemudian.

Tidak seperti kebanyakan orang, Salah meminta pihak berkuasa tidak mendakwa perompak terbabit walaupun bapanya berharap hukuman dikenakan ke atas lelaki berkenaan.

Sebaliknya Salah memberikan sejumlah wang kepada perompak berkenaan untuk memudahkannya memulakan kehidupan baru, menurut laporan Malaysiakini.

Tidak cukup dengan itu Salah membantu lelaki berkenaan mendapatkan pekerjaan.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan