Peminat Korea Selatan 'serang' Ronaldo di Sweden
Seorang peminat Cristiano Ronaldo dari Korea Selatan sanggup melakukan penerbangan ke Sweden semata-mata untuk melepaskan kemarahannya kerana tidak berpuas hati dengan sikap pemain Juventus itu yang enggan turun padang dalam satu perlawanan persahabatan di Seoul baru-baru ini.
SEOUL: Seorang peminat Cristiano Ronaldo dari Korea Selatan sanggup melakukan penerbangan ke Sweden semata-mata untuk melepaskan kemarahannya kerana tidak berpuas hati dengan sikap pemain Juventus itu yang enggan turun padang dalam satu perlawanan persahabatan di Seoul baru-baru ini.
Polis sudahpun melancarkan siasatan selepas Kwak Ji-hyuk dipercayai menjerit dengan penuh kemarahan ke arah Ronaldo di lobi sebuah hotel, yang terletak berhampiran Stockholm.
"Kenapa anda tidak mahu bermain di Korea?," jerit Kwak dalam rakaman video yang menjadi tular di YouTube.
Bagaimanapun, Ronaldo kelihatan langsung tidak mempedulikan Kwak dalam klip video selama 11 minit yang sudahpun ditonton lebih tiga juta kali.
"Meskipun dia berada di depan mata saya, Ronaldo tetap tidak mempedulikannya.
"Mengapa di sini, anda begitu baik dengan peminat tetapi tidak dengan kami (di Korea)?" soal Kwak.
Pada masa itu, pemain bola sepak tersebut berada di Sweden bagi menyertai perlawanan Piala Juara- Juara Antarabangsa (ICC).
Juventus tewas 1-2 kepada Atletico Madrid dalam perlawanan tersebut.
Menurut laporan media di Korea Selatan, Kwak dikatakan bercadang untuk ke Itali pada bulan depan untuk sekali lagi bersemuka dengan Ronaldo.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.