Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Peminat Jepun dan Senegal bersihkan stadium setelah perlawanan Piala Dunia

Selepas pasukan bola sepak Jepun dan Senegal masing-masing memenangi perlawanan Piala Dunia 2018 pada Selasa (19 Jun), para peminat mereka pulang lewat untuk membersihkan stadium tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Peminat Jepun dan Senegal bersihkan stadium setelah perlawanan Piala Dunia

Peminat Piala Dunia dari Senegal membersihkan stadium. (Gambar: Logic Sport Net/ Facebook)

Diterbitkan : 21 Jun 2018 08:38PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 08:45PM

RUSIA: Selepas pasukan bola sepak Jepun dan Senegal masing-masing memenangi perlawanan Piala Dunia 2018 pada Selasa (19 Jun), para peminat mereka pulang lewat untuk membersihkan stadium tersebut.

Gambar-gambar dan rakaman video yang disiarkan di media sosial menunjukkan peminat Samurai Blue - yang di antaranya memakai bendera Jepun - mengutip sampah-sarap yang ditinggalkan di tempat duduk selepas kemenangan 2-1 ke atas Colombia.

"Ini adalah detik kegemaran saya dari Piala Dunia setakat ini, para peminat Jepun mengutip sampah-sarap selepas kemenangan mereka ke atas Columbia," tulis Encik Christopher McKaig di Twitter.

Satu rakaman video menunjukkan sekumpulan peminat memakai jersi berwarna biru memasukkan sampah ke dalam beg-beg sampah.

Negara Jepun menarik perhatian dunia atas sikap mereka menjaga kebersihan di Piala Dunia 2014 di Brazil.

Lewat hari itu, para peminat Senegal pula dilihat mengutip botol-botol kosong dan bekas makanan plastik selepas kemenangan 2-1 ke atas Poland.

"Ini wajar diberi perhatian. Saya sendiri tidak akan pulang lewat hanya untuk tolong membersihkan," tulis @Fulhamflutter.

Kedua-dua negara sekurang-kurangnya meringankan beban seramai 15,000 sukarelawan yang bekerja ketika perlawanan di Russia itu.

Sumber : Agensi berita/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan