Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Peminat buat Salah terlepas solat Aidilfitri

Ikon bola sepak Mesir yang juga bintang kelab Liverpool, Mohamed Salah meluahkan kemarahan selepas para peminat berkumpul di luar rumah keluarganya di utara ibu kota negara itu dan menyukarkan beliau untuk keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri, lapor Gulf News.

Anggaran Waktu Membaca:
Peminat buat Salah terlepas solat Aidilfitri

(Gambar: mosalah/Instagram)

Diterbitkan : 06 Jun 2019 06:20PM Dikemas Kini : 06 Jun 2019 07:19PM

KAHERAH: Ikon bola sepak Mesir yang juga bintang kelab Liverpool, Mohamed Salah meluahkan kemarahan selepas para peminat berkumpul di luar rumah keluarganya di utara ibu kota negara itu dan menyukarkan beliau untuk keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri, lapor Gulf News.

“Apa yang dilakukan beberapa wartawan dan orang ramai menyebabkan saya sukar meninggalkan rumah untuk menunaikan solat Aidilfitri.

“Ini tiada kena mengena dengan kasih sayang. Ini kerana tidak menghormati kehidupan peribadi seseorang dan tidak profesional,” kata Salah dalam bahasa Arab di laman twitter, ditukil Gulf News.

Ribuan peminat bintang bola sepak berusia 26 tahun itu berhimpun di luar rumah Salah di Nagrieg sejak awal pagi semalam untuk bergambar dengannya atau meminta bantuan peribadi, lapor media Mesir.

Ia mendorong pasukan keselamatan campur tangan tetapi sudah terlalu lewat untuk Salah keluar menunaikan solat.

Sebahagian peminat menyatakan kekesalan kerana menyebabkan Salah berasa tidak selesa.

“Saya datang dari Kafr Al Shaikh bersama anak lelaki saya yang mahu melihat Salah dan bergambar dengannya,” kata seorang peminat, Walid Salama ditukil Gulf News.

Beliau menyuarakan kesedihan kerana orang ramai menyebabkan Salah terlepas peluang menunaikan solat sunat Aidilfitri.

“Kami minta maaf Salah. Kami minta maaf kerana menghalang anda, tetapi kami menyayangi anda,” katanya.

Bintang Liverpool itu tiba di Mesir pada Selasa untuk meraikan Aidilfitri dengan keluarganya. 

Sumber : Agensi berita/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan