Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Peminat bawa keceriaan pada hari jadi Salah dengan kek seberat 100 kg

Kekalahan pasukan Mesir 0-1 di tangan Uruguay dalam Piala Dunia mungkin menjadi titik hitam pada hari istimewa Mohamed Salah, iaitu sempena hari lahirnya yang ke-26. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jun 2018 05:55PM Dikemas Kini : 17 Jun 2018 10:16PM

GROZNY: Kekalahan pasukan Mesir 0-1 di tangan Uruguay dalam Piala Dunia mungkin menjadi titik hitam pada hari istimewa Mohamed Salah, iaitu sempena hari lahirnya yang ke-26. Namun, para peminat pemain Mesir itu membawa keceriaan kepadanya dengan menghadiahkan kek seberat 100 kilogram yang dihiasi dengan but emas.

Salah, yang menjaringkan 44 gol bagi pasukan Liverpool pada musim lalu, mengalami kecederaan bahu semasa bersaing dengan Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 26 Mei. Pasukannya kalah dalam perlawanan itu.

Salah dijangka akan terus menyertai Mesir dalam perlawanan-perlawanan menentang Rusia dan Arab Saudi.

Pada hari jadinya itu, beliau dihadiahkan kek bertingkat dengan warna bendera negara setibanya pasukan itu di tapak latihan Grozny pada awal Sabtu (16 Jun).

Salah tersenyum dan memeluk anggota pasukan lainnya sebelum mereka menyanyikannya lagu selamat hari jadi dalam bahasa Inggeris dan Arab. Salah kemudian terlihat meniup lilin sebelum menuju ke biliknya.

Mesir dijangka bersaing dengan Rusia di St Petersburg pada Selasa (19 Jun).  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan