Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pembatalan acara-acara sukan utama dunia beri tekanan Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan

Seorang pegawai tinggi kerajaan Jepun hari ini (13 Mac)berkata temasya Olimpik 2020 Tokyo akan diadakan mengikut jadual.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembatalan acara-acara sukan utama dunia beri tekanan Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan

Muzium Olimpik Jepun di Tokyo, Jepun, pada 17 Feb 2020. (Gambar fail: Athit Perawongmetha/REUTERS)

Diterbitkan : 13 Mar 2020 03:23PM Dikemas Kini : 13 Mar 2020 03:29PM

TOKYO: Seorang pegawai tinggi kerajaan Jepun hari ini (13 Mac)berkata temasya Olimpik 2020 Tokyo akan diadakan mengikut jadual.

Yoshihide Suga membuat kenyataan itu selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata Tokyo wajar mempertimbangkan untuk menunda penganjurantemasya itu selama setahun berikutan pandemik COVID-19.

" Saya sedar akan kenyataan Presiden Trump tetapi kami bekerja rapat dengan IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa), jawatankuasa penganjur dan Tokyo dalam menjalankantemasya Sukan itu seperti dijadual," kata Encik Suga kepada wartawan.

Encik Trump pada Khamis berkata, beliau tidak dapat membayangkan temasya Sukan Olimpik di Tokyo berlangsung tanpa penonton.

“Mungkin mereka menangguhkannya selama setahun... jika itu boleh dilakukan,” katanya kepada pemberita di Rumah Putih.

Katanya, beliau berpendapat bahawa langkah itu adalah lebih baik berbanding stadium kosong tanpa penonton di serata tempat temasya sukan terbabit.

“Saya fikir jika anda membatalkannya (ketika ini) dan mengadakannya setahun kemudian, itu adalah pilihan lebih baik daripada ia berlangsung tanpa kehadiran orang ramai,” katanya.

Jurucaka kanan kerajaan Naoki Okada berkata, Perdana Menteri, Shinzo Abe, dan Encik Trump dalam perbualan telefon selama kira-kira 50 minit, bersetuju memperkukuh kerjasama untuk memerangi virus itu tetapi tidak berbincang mengenai penangguhan Sukan Olimpik atau mengadakannya tanpa penonton.

"PM Abe dengan tegas berkata beliau mahu 'menang' perang ke atas virus korona dan menjadikan Olimpik ini satu kejayaan," kata Encik Okada dalam satu sidang media.

Presiden Trump dalam catatn di Twitter hari ini, memaklumkan bahawa beliau berkata kepada PM Abe: ‘Tempat Olimpik yang baru siap adalah hebat. Beliau telah melakukan tugas luar biasa, yang akan membuatkannya amat bangga. Perkara baik akan berlaku untuk Jepun dan Perdana Menteri mereka yang hebat. Banyak pilihan!’

Setakat ini, sebanyak 1,334 kes COVID-19 disahkan di Jepun, termasuk 696 daripada sebuah kapal persiaran yang berlabuh di Yokohama selama beberapa minggu, menurut penyiar awam NHK.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Reuters/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan