MADRID: Pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane, diuji positif COVID-19.
Demikian menurut kelab Sepanyol itu, mengecualikannya daripada menyertai pusingan pertama perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool pada Selasa (6 Apr).
Juara Eropah sebanyak 13 kali itu akan meneruskan perlawanan tanpa pemain-pemain pertahanan tengah utama bila menentang Liverpool - dan mungkin juga dalam pusingan kedua di Anfield pada 14 April, kerana kapten Sergio Ramos mengalami kecederaan.
Zinedine Zidane dijangka memilih pemain dari Sepanyol Nacho Fernandez di samping pemain dari Brazil Eder Militao sebagai tunggak pertahanan dalam pusingan pertama, satu ulang tayang perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2018 yang dimenangi Real 3-1.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.