Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain, penyokong bertafakur bagi peringati Sala

Bagi memperingati Emiliano Sala, para pemain dan penyokong yang menonton semua perlawanan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa minggu ini akan bertafakur sejenak, menurut UEFA pada Selasa (12 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain, penyokong bertafakur bagi peringati Sala

Potret Emiliano Sala di padang bola (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Feb 2019 08:49PM Dikemas Kini : 12 Feb 2019 08:52PM

EROPAH: Bagi memperingati Emiliano Sala, para pemain dan penyokong yang menonton semua perlawanan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa minggu ini akan bertafakur sejenak, menurut UEFA pada Selasa (12 Feb).

Bekas pemain Nantes yang menandatangani kontrak untuk bermain dengan Cardiff City pada Januari dengan yuran pemindahan bernilai £15 juta (S$26.3 juta), terbunuh apabila pesawatnya terhempas ke dalam Selat Inggeris bulan lalu.

Kematian Sala disahkan minggu lalu apabila mayatnya ditemui dalam bangkai pesawat malang itu. Mayat juruterbang David Ibbotson masih belum ditemui.

"Bagi pihak UEFA, saya menyampaikan takziah yang mendalam kepada ahli keluarga dan orang tersayang Emiliano Sala atas pemergiannya," kata Presiden UEFA Aleksander Ceferin dalam kenyataannya di laman UEFA.

"Saya amat bersedih nyawa beliau diragut dengan begitu kejam pada usia yang muda dan saya menggesa para penyokong supaya memberikan penghormatan bagi memperingati Salam dalam masa beberapa hari akan datang."

Menurut UEFA, kelab-kelab diberi pilihan untuk memakai kain lilit lengan berwarna hitam sebagai tanda bagi memperingati pemain penyerang Argentina itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan