Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain papan roda 11 tahun dari Britain atlit termuda Olimpik 2020

Seorang budak perempuan 11 tahun bakal menjadi atlit olimpik Britain yang paling muda, di Sukan Olimpik Tokyo, tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain papan roda 11 tahun dari Britain atlit termuda Olimpik 2020

Sky Brown. (Gambar: REUTERS/Mike Blake)

Diterbitkan : 28 Dec 2019 06:17PM Dikemas Kini : 28 Dec 2019 06:22PM

CALIFORNIA: Seorang budak perempuan 11 tahun bakal menjadi atlit olimpik Britain yang paling muda, di Sukan Olimpik Tokyo, tahun depan.

Meskipun baru berusia 11 tahun, Sky Brown didakwa salah seorang atlit wanita papan roda terbaik di dunia.

"Sebelum ini, saya belum pasti sama ada akan ke Olimpik kerana ibu bapa saya berpandangan bahawa ia mungkin terlalu menekankan.

"Namun, Lucy Adams, ketua Pasukan Great Britain bagi sukan papan roda tidak meletakkan tekanan. Sebaliknya beliau menasihati saya agar membuat penampilan dan berseronok bermain papan roda," kata atlit itu.

Sepanjang tahun ini, Sky telah bertanding di Eropah, Asia dan Amerika Selatan serta Pertandingan X Games, di mana Sky menjadi budak perempuan pertama berjaya melakukan aksi 'frontside 540' trick.

Sky kini berlatih gigih untuk melakukan beberapa aksi yang belum pernah dilakukan atlit papan roda wanita yang lain. 

Sumber : Reuters/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan