Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain No 1 dunia, Simona Halep terpaksa hempas pulas 4 jam sebelum menang

Halep menerima tentangan hebat dari pemain Amerika Syarikat, Lauren Davis dan kalah set pertama 4-6.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jan 2018 09:09PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 09:21PM

AUSTRALIA: Dalam sukan tenis - pemain wanita nombor satu dunia dari Romania, Simona Halep terpaksa berhempas pulas sebelum menang pusingan ketiga Kejohanan Terbuka Australia di Melbourne.

Halep menerima tentangan hebat dari pemain Amerika Syarikat, Lauren Davis dan kalah set pertama 4-6.

Perlawanan sengit antara pemain nombor satu dengan pemain nombor 76 dunia ini terus sengit dalam set kedua.

Bagaimanapun Halep akhirnya berjaya menundukkan Davis 6-4.

Para penonton disajikan dengan persembahan yang lebih hebat dari kedua-dua pemain dalam set seterusnya.

Set penentuan berlangsung begitu panjang sebelum Halep meraih kemenangan dengan mata 15-13.

Bahkan perlawanan pusingan ketiga ini, berlarutan hampir empat jam, merupakan yang paling lama dalam sesuatu kejohanan tenis wanita.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan