Images
  • man city kevin de bruyne
    Gambar fail perlawanan Man City v Real Madrid (Gambar: Reuters)

Pemain Man City De Bruyne dijulang Pemain Terbaik EPL musim ini

REUTERS: Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana England pada Ahad (16 Jul), menjadi pemain Belgium ketiga dianugerahkan penghormatan sebagai pemain terunggul liga.

Pemain 29 tahun itu membantu jaringan 20 gol dalam musim 2019-20, menyamai rekod yang dicatat penyerang Arsenal, Thierry Henry pada musim 2002-03.

De Bruyne juga mencatat rekod peribadi terbaik dengan menjaringkan 13 gol namun tidak dapat membantu City mempertahankan mahkota mereka, dengan pasukan Pep Guardiola itu ketinggalan 18 mata di belakang juara Liverpool.

De Bruyne mengalahkan tiga pemain Liverpool Jordan Henderson, Sadio Mane dan Trent Alexander-Arnold, serta penyerang Southampton, Danny Ings, pemenang Kasut Emas Leicester City, Jamie Vardy dan penjaga gol Burnley, Nick Pope untuk meraih anugerah tersebut.

Bekas rakan sepasukannya di City, Vincent Kompany dan bekas pemain sayap Chelsea, Eden Hazard adalah dua pemain Belgium lain yang pernah diiktiraf dengan trofi tersebut.

Alexander-Arnold dinobatkan Pemain Muda Musim ini awal minggu ini, sementara Juergen Klopp memenangi anugerah Pengurus Terbaik musim ini.

- Reuters/TQ/tq

Top