Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain Geylang International positif COVID-19; seluruh skuad diasingkan, perlu jalani ujian koronavirus

Albirex Niigata, pasukan terakhir menentang Geylang, juga akan jalani ujian COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain Geylang International positif COVID-19; seluruh skuad diasingkan, perlu jalani ujian koronavirus

Gambar fail pasukan Geylang International. (Gambar: Facebook/Geylang International FC)

Diterbitkan : 14 Sep 2021 07:37PM Dikemas Kini : 14 Sep 2021 07:48PM

SINGAPURA: Seorang pemain dari pasukan Geylang International disahkan positif COVID-19, menurut Liga Perdana Singapura (SPL) pada Selasa (14 Sep).

Seluruh skuad Geylang kini menjalani tempoh pengasingan kendiri dan semua sesi latihan sudah digantung setelah pemain itu yang tidak didedahkan namanya disahkan positif melalui ujian tindak balas rantai polimerase (PCR). Pemain tersebut sudah ditempatkan di sebuah kemudahan kuarantin.

"Selain itu, ... pemain-pemain lain dan para pegawai pasukan akan menjalani Ujian Pantas dan Mudah (FET) setiap dua hari sehingga Sabtu, 18 Sep. Mereka kemudian akan menjalani satu lagi ujian PCR pada hari tersebut, menurut kenyataan media SPL.

Perlawanan Geylang seterusnya adalah menentang pasukan Balestier Khalsa FC pada 19 Sep yang akan dijadual semula.

Kes COVID-19 itu pertama kali dikesan semasa menjalankan ujian wajib mingguan ke atas kesemua pemain dan pegawai kelab SPL.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dimaklumkan mengenai jangkitan tersebut pada lewat Isnin malam.

PASUKAN ALBIREX NIIGATA JALANI UJIAN

Ujian bagi pasukan Albirex Niigata, pasukan terakhir menentang Geylang, kesemuanya disahkan negatif.

Sebagai langkah berjaga-jaga, skuad Albirex akan menjalani FET pada Selasa dan Khamis, menurut SPL, sambil menambah bahawa kesemua pegawai yang terlibat dalam perlawanan antara Geylang dengan Albirex perlu menjalani sekurang-kurangnya dua ujian FET.

Perlawanan Albirex seterusnya adalah menentang Lion City Sailors pada Jumaat yang akan diteruskan seperti biasa.

"FAS bekerjasama dengan para pengendali lokasi seperti Hab Tampines Kita, Stadium Jurong East dan Stadium Jalan Besar, di mana protokol pembersihan menyeluruh bagi kemudahan mereka sudah dimulakan sejak malam semalam," menurut kenyataan itu lagi.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan