Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain EPL boikot media sosial 24 jam

Beberapa pemain bola sepak Liga Perdana England menyertai kempen Persatuan Pemain Profesional (PFA) untuk memulaukan penggunaan media sosial selama 24 jam sebagai tanda perpaduan memerangi gejala perkauman dalam sukan itu wadah online.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Apr 2019 05:59PM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 11:13PM

LONDON: Beberapa pemain bola sepak Liga Perdana England menyertai kempen Persatuan Pemain Profesional (PFA) untuk memulaukan penggunaan media sosial selama 24 jam sebagai tanda perpaduan memerangi gejala perkauman dalam sukan itu wadah online.

Dalam kempen itu, PFA meminta para pemain profesional di England dan Wales menghantar grafik #Enough ke akaun media sosial mereka bermula hari ini (19 Apr).

PFA menerusi kenyataannya berkata kempen tersebut digerakkan untuk meningkatkan tekanan ke atas syarikat-syarikat pengendali media sosial dan badan-badan bola sepak supaya bertindak lebih tegas terhadap isu perkauman yang kian meruncing dalam arena sukan tersebut.

Beberapa pemain yang telah memberikan sokongan mereka termasuk pemain pertahanan Tottenham Hotspur yang juga bintang England, Danny Rose.

Rose berkata: "Selepas ini saya tidak mahu ada lagi pemain berdepan masalah seperti yang pernah saya alami.

"Kami tidak sanggup lagi berdepan isu ini ketika badan bola sepak dan syarikat media sosial tidak melakukan apa-apa untuk melindungi pemain daripada masalah perkauman ini.”

Pertahanan Manchester United, Chris Smalling turut menyokong kempen berkenaan terutama sehari selepas melihat rakannya, Ashley Young menjadi mangsa kecaman berbaur perkauman di laman Twitter. Ia berlaku selepas United tersingkir dari Liga Juara-Juara selepas kalah di tangan Barcelona, kelmarin.

"Sepanjang kerjaya saya, saya terpaksa menebalkan muka berdepan suara kecaman dan anggap ia sebagai ‘sebahagian daripada aksi bola sepak’ tetapi sudah sampai masanya buat Twitter, Instagram dan Facebook mengambil tindakan mengatasi masalah ini," kata Smalling.

Menurut PFA, pemulauan itu adalah langkah pertama dalam satu kempen berterusan untuk menentang perkauman dalam bola sepak.

Sumber : Reuters/Agensi berita/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan