Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain Cardiff, Emiliano Sala tinggalkan pesanan audio sebelum pesawat yang dinaikinya hilang

Pemain terbaru kelab Liga Perdana, Cardiff City, Emiliano Sala meluahkan kebimbangannya sejurus sebelum pesawat kecil yang dinaikinya hilang di Selat Inggeris.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain Cardiff, Emiliano Sala tinggalkan pesanan audio sebelum pesawat yang dinaikinya hilang

Emiliano Sala. (Gambar: Loic Venance/AFP)

Diterbitkan : 23 Jan 2019 02:40PM Dikemas Kini : 23 Jan 2019 02:45PM

NANTES, PERANCIS: Pemain terbaru kelab Liga Perdana, Cardiff City, Emiliano Sala meluahkan kebimbangannya sejurus sebelum pesawat kecil yang dinaikinya hilang di Selat Inggeris. Ini menurut satu mesej audio yang dihantar kepada rakan-rakan dan ahli keluarganya.

Pemain bola sepak warga Argentina itu yang menandatangani kontrak pemindahan daripada kelab Perancis Nantes pada Sabtu untuk AS$19.3 juta (S$26 juta), sedang dalam perjalanan ke Cardiff dalam pesawat itu apabila ia tidak dapat dikesan radar sekitar 20 kilometer dari utara pulau Guernsey pada Isnin malam.

"Saya berada dalam pesawat yang seperti akan berkecai dan saya sedang dalam perjalanan ke Cardiff," menurut Sala dalam satu mesej audio di Whatsapp yang disiarkan oleh media Argentina.

"Jika dalam sejam setengah anda tidak mendapat berita daripada saya, saya tidak tahu jika mereka akan mengerahkan orang untuk mencari saya, kerana mereka tidak akan menjumpai saya, saya tahu. Ayah, saya amat takut," tambah beliau.

Sala, yang dilaporkan hilang dianggap terkorban setelah pesawat Piper PA-46 Malibu itu hilang.

Misi mencari yang dijalankan di kawasan seluas 3,000 kilometer persegi di Selat itu mengesan "beberapa objek terapung di permukaan air," tambah polis Guernsey.

"Kami tidak menjumpai sebarang tanda penumpang di dalam pesawat itu. Jika mereka mendarat di air, peluang untuk hidup pada tahap ini, malangnya, amat tipis," menurut polis.

Pihak penguasa penerbangan awam Perancis mengesahkan bahawa Sala, 28 tahun, "berada di dalam pesawat itu". Seorang lagi penumpang dipercayai turut berada dalam pesawat tersebut.

Sala seorang penyelamat yang sedang mencari pesawat yang dilaporkan hilang itu mengaku bahawa mereka "menjangkakan yang terburuk", kebimbangan yang turut diluahkan oleh ayah Sala, Encik Horacio.

"Malangnya kami menjangkakan yang terburuk... suhu laut kini amat sejuk," kata ketua pegawai Pencarian Udara Selat Inggeris, Encik John Fitzgerald, kepada AFP.

"Saya tidak tahu apa-apa. Tiada sesiapa yang menghubungi saya, tiada panggilan langsung daripada kedutaan, kelab, tiada sesiapa pun," menurutnya. "Saya hanya mahu anda mencarinya," kata Encik Horacio.

Ibu pemain bola sepak itu, Cik Mercedes, mendakwa dalam satu wawancara bersama saluran televisyen Argentina, C5N, bahawa pesawat itu dimiliki oleh pengerusi Cardiff, Encik Mehmet Dalman.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan