Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain bola sepak S'pura, Faris Ramli, mungkin sertai pasukan Selangor

Pemain bola sepak Singapura, Faris Ramli mungkin menjadi pemain asing kelima untuk menerima tawaran pasukan Selangor bagi musim Liga Malaysia tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain bola sepak S'pura, Faris Ramli, mungkin sertai pasukan Selangor

Gambar: Facebook.

Diterbitkan : 09 Dec 2017 12:37AM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 11:11AM

Pemain bola sepak S'pura, Faris Ramli, mungkin sertai pasukan Selangor

SHAH ALAM: Pemain bola sepak Singapura, Faris Ramli mungkin menjadi pemain asing kelima untuk menerima tawaran pasukan Selangor bagi musim Liga Malaysia tahun depan.

Dengan lebih 20 kemunculan dalam perlawanan antarabangsa, Faris dinobat sebagai salah seorang daripada pemain sayap yang terbaik di Asia Tenggara dan penyertaannya akan menambah kepada prestasi pasukan P.Maniam itu, menurut laporan The New Straits Times semalam (8 Dis).

Selangor sudahpun mendapatkan empat lagi pemain warga asing iaitu Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn dari Indonesia, Willian Pachecho iaitu bekas pemain barisan pertahanan pasukan bawah usia 20 tahun Brazil dan penyerang dari Sepanyol, Rufino Segovia.

Menurut laporan laman NST lagi, Faris yang berusia 25 tahun sudahpun berunding dengan pasukan Selangor tetapi belum lagi menandatangani kontrak untuk menyertai skuad Selangor, yang sudah meraih Piala Malaysia buat 33 kali itu.

Selangor dilaporkan mempunyai bajet yang kecil, dan mereka membuat keputusan untuk tidak mengambil pemain tempatan yang sudahpun menempah nama dalam sukan itu.

Pasukan Selangor dijangka akan terus membawa pesaingan hebat kepada pasukan yang lain bagi mengecapi kejuaraan Liga Malaysia.

Jurulatih pasukan berkenaan enggan memberi komen tentang penyertaan Faris. Tetapi yang pasti, pasukan Selangor ingin mendapatkan pemain asing kelima yang berkualiti, menurut laporan itu lagi.

"Tentu sahaja ia akan lebih baik buat pasukan itu untuk mempunyai lima anggota pasukan asing berbanding empat. Ia semua tergantung kepada pihak pengurusan," kata Encik Manikam kepada NST.

Antara pemain pasukan dari musim sebelumnya termasuk Khairulazhan Khalid, Amri Yahyah, Saiful Ridzuwan Selamat, Abdul Halim Zainal.

Encik Maniam berkata beliau gembira dengan kemajuan para pemainnya dalam latihan mereka.  

Sumber : Agensi berita/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan