Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain bola sepak Ben Davis buat kemunculan pertama bagi Fulham

Pemain bola sepak muda dari Singapura, Ben Davis, membuat kemunculan pertamanya untuk Kelab Bola Sepak Fulham sebagai pemain gantian dalam perlawanan bagi merebut Piala Carabao di padang sendiri, menentang Southampton pada Selasa (27 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain bola sepak Ben Davis buat kemunculan pertama bagi Fulham

Pemain bola sepak belia Benjamin Davis (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 28 Aug 2019 11:15AM Dikemas Kini : 28 Aug 2019 11:17AM

SINGAPURA: Pemain bola sepak muda dari Singapura, Ben Davis, membuat kemunculan pertamanya untuk Kelab Bola Sepak Fulham sebagai pemain gantian dalam perlawanan bagi merebut Piala Carabao di padang sendiri, menentang Southampton pada Selasa (27 Ogos).

Pemain tempatan itu memasuki padang pada minit ke-89 bagi menggantikan Luca De Le Torre sedang Fulham tewas 1-0 kepada pasukan Liga Perdana England itu.

"Perkara yang paling menyenangkan saya adalah para pemain muda diberi peluang untuk melibatkan diri," kata pengurus Fulham Scott Parker semasa sidang media selepas perlawanan.

"Kelab bola sepak ini dikenali kerana memberi peluang kepada para pemain muda dan tentunya itu sesuatu yang saya yakini.

"Saya mahu setiap pemain muda dalam kelab bola sepak ini memahami bahawa jika mereka melakukan sesuatu dengan cara betul, bekerja keras, mereka akan mendapat peluang."

Awal tahun ini, Davis diumumkan gagal melaksanakan tanggungjawab Perkhidmatan Negara (NS), kata Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Davis, 18 tahun, menandatangani kontrak dua tahun bersama Fulham. Kelab tersebut mengumumkan demikian pada Julai tahun lalu.

Beliau ialah warga Singapura pertama yang menandatangani kontrak profesional dengan sebuah kelab liga utama England. Fulham keluar daripada zon penyingkiran Kejohanan pada akhir musim lalu.

Bekas pelajar Sekolah Sukan Singapura itu menyertai Fulham di bawah perjanjian biasiswa dua tahun pada Julai 2017.

Permohonan Davis untuk menangguhkan Perkhidmatan Negara ditolak oleh MINDEF, yang menyatakan beliau tidak "memenuhi kriteria bagi penangguhan NS sepenuh masa untuk jangka panjang". 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan