Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain bola sepak Bahrain masih ditahan

Seorang bekas pemain bola sepak warga Bahrain yang mempunyai status pelarian Australia mesti terus ditahan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain bola sepak Bahrain masih ditahan

Bekas pemain bola sepak warga Bahrain, Hakeem Alaraibi. (Gambar: Lillian Suwanrumpha/AFP)

Diterbitkan : 11 Dec 2018 05:51PM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 05:57PM

BANGKOK: Seorang bekas pemain bola sepak warga Bahrain yang mempunyai status pelarian Australia mesti terus ditahan. Demikian menurut perintah sebuah mahkamah Thai pada Selasa (11 Dis), sedang orang-orang yang berkempen risau bahawa beliau mungkin akan "diseksa" jika dihantar pulang ke Bahrain.

Hakeem Alaraibi berkata bahawa beliau diberkas dan dipukul di permulaan tunjuk perasaan Kebangkitan Arab atau Arab Spring di Bahrain pada 2012, dan diberikan status pelarian di Australia lima tahun kemudian.

Pemain bola sepak berusia 25 tahun itu, yang pada masa ini bermain untuk kelab separuh-profesional Pascoe Vale FC di Melbourne, ditahan oleh jabatan imigresen Thai pada 27 November setelah tiba di Bangkok untuk bercuti bersama isterinya dan ditahan atas permintaan dihantar pulang ke negaranya.

Beliau sudah ditahan di sebuah pusat tahanan, sementara Australia dan Bahrain berebut mahukannya.

Peguamnya, Cik Nadthasiri Bergman memberitahu AFP pada Selasa (11 Dis) bahawa mahkamah sudah melanjutkan tahanannya di Bangkok selama 60 hari.

Menurut peguamnya lagi, Pejabat Peguam Negara akan kemudian membuat permohonan supaya beliau dihantar pulang ke Bahrain.

Bercakap kepada para wartawan sedang beliau dibawa ke mahkamah oleh pegawai polis imigresen, Alaraibi merayu agar perbicaraan dibatalkan.

Para pegawai dari kedutaan Australia berada di mahkamah serta semasa perbicaraan itu dijalankan.

Pejabat peguam negara Thailand pada Jumaat menghantar satu permintaan kepada mahkamah jenayah untuk mendapatkan waran penangkapan -- satu langkah di mana Alaraibi mungkin akan dihantar pulang ke Bahrain untuk menghadapi perbicaraan.

Beliau didakwa meskipun tidak berada di mahkamah atas tuduhan merosakkan sebuah stesen polis di Bahrain, tetapi menurutnya beliau sedang bermain dalam satu perlawanan di luar negara ketika jenayah itu didakwa berlaku.

Rangkaian Hak Asasi Pelarian Asia-Pasifik (APRRN) menyelar pihak berkuasa Thai atas "rancangan kejam" mereka untuk menghantar Alaraibi pulang ke Bahrain, sementara Menteri Ehwal Luar Australia, Marise Payne, menggesa pada Ahad (9 Dis) agar Alaraibi "serta merta dibenarkan pulang".

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan