Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain badminton S'pura Loh Kean Yew & Yeo Jia Min layak ke Olimpik Tokyo

Dua pemain badminton negara Loh Kean Yew, 23 tahun, dan Yeo Jia Min, 22 tahun, layak bagi Sukan Olimpik yang bakal berlangsung di Tokyo bulan depan, umum Persatuan Badminton Singapura (SBA) pada Isnin (7 Jun)

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain badminton S'pura Loh Kean Yew & Yeo Jia Min layak ke Olimpik Tokyo

Pemain badminton Singapura, Yeo Jia Min (kiri) dan Loh Kean Yew. (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 08 Jun 2021 08:49AM Dikemas Kini : 08 Jun 2021 09:01AM

SINGAPURA: Dua pemain badminton negara Loh Kean Yew, 23 tahun, dan Yeo Jia Min, 22 tahun, layak bagi Sukan Olimpik yang bakal berlangsung di Tokyo bulan depan, umum Persatuan Badminton Singapura (SBA) pada Isnin (7 Jun).

“Dengan senarai kelayakan Sukan Olimpik BWF dikeluarkan, kami berbesar hati untuk memaklumkan bahawa para pemain kami, Loh Kean Yew dan Yeo Jia Min, kedua-duanya layak untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo akan datang!" dedah SBA dalam satu catatan Facebook.

“Kami 100 peratus yakin Kean Yew serta Jia Min akan melakukan yang terbaik dan membanggakan kami semua. Pastikan anda memberikan sokongan anda kepada mereka!"

Pemain badminton lelaki terbaik Singapura, Loh, kini berada di tangga ke-18 dalam kedudukan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 'Race To Tokyo' sementara pemain wanita terhandal negara, Yeo, menduduki tempat ke-17.

Ranking 'Race to Tokyo' adalah sebuah sistem yang memutuskan siapa yang layak bagi Olimpik 2020 Tokyo yang dijadualkan semula itu.

Kedua-dua Loh, pemenang pingat perak dalam perseorangan lelaki di Sukan SEA terakhir, dan Yeo akan membuat penampilan sulung mereka di Olimpik. Kedua-dua pemain itu juga memperolehi pingat gangsa menerusi acara berpasukan di Sukan SEA 2019.

Dalam satu catatan Facebook, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pemain itu.

“Berita gembira bagi Loh Kean Yew dan Yeo Jia Min – mereka berjaya melangkah ke Olimpik Tokyo!" kata Encik Tong.

“(Saya) amat gembira bagi mereka berdua kerana mereka kini akan mengambil tempat masing-masing menentang pemain-pemain badminton terbaik di dunia. Saya berjumpa dengan mereka beberapa bulan lalu di gelanggang sedang mereka gigih berlatih dan bermain dengan baik – saya pasti berita ini akan mengukir senyuman yang lebih besar di wajah mereka!"

Olimpik Tokyo, yang ditangguhkan selama setahun dek pandemik COVID-19, akan bermula pada 23 Julai ini.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan