Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pelumba Itali Niccolo Canepa juara pertama 'FIM 8 hours of Sepang'

Pelumba motosikal dari Itali, Niccolo Canepa, muncul juara setelah menunggang motosikalnya tanpa henti dalam acara 'FIM 8 hours of Sepang'.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelumba Itali Niccolo Canepa juara pertama 'FIM 8 hours of Sepang'
Diterbitkan : 15 Dec 2019 08:15PM Dikemas Kini : 15 Dec 2019 08:25PM

SEPANG: Pelumba motosikal dari Itali, Niccolo Canepa, muncul juara setelah menunggang motosikalnya tanpa henti dalam acara 'FIM 8 hours of Sepang'.

Kejuaraan Dunia Daya Ketahanan FIM itu ditangguh beberapa jam akibat hujan lebat yang tidak berhenti.

Sehingga akhirnya ia dipendekkan kepada enam jam sahaja.

Pada awalnya, Canepa digandingkan dengan Broc Parkes dan Marvin Fritz dalam pasukan YART-Yamaha untuk bertanding secara berpasukan.

Namun, keadaan yang agak sukar di litar itu menyebabkannya memilih untuk menunggang motosikal untuk sepanjang perlumbaan.

Pasukan perlumbaan lain Yamaha Sepang dan TSR Honda mendahului perlumbaan di saat-saat awal sebelum perlanggaran berlaku antara Michael van der Mark dan Mark di Meglio.

Kedua-dua kumpulan itu menyertai perlumbaan itu semula dengan Yamaha Sepang menduduki tempat keenam dan TSR Honda jatuh ketempat ke-12.

Pasukan Honda Asia-Dream Racing mendapat tempat kedua, manakala pasukan BMW Motorrad World Endurance di tempat ketiga.

Sumber : Reuters/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan