Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pele semakin beransur pulih selepas jalani pembedahan usus

Legenda bola sepak Brazil, Pele sedang menjalani proses pemulihan di unit jagaan rapi hampir seminggu setelah beliau menjalani pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan pada usus besarnya, menurut para doktor pada Jumaat (10 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Pele semakin beransur pulih selepas jalani pembedahan usus

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Sep 2021 11:52AM Dikemas Kini : 11 Sep 2021 11:53AM

RIO DE JANEIRO: Legenda bola sepak Brazil, Pele sedang menjalani proses pemulihan di unit jagaan rapi hampir seminggu setelah beliau menjalani pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan pada usus besarnya, menurut para doktor pada Jumaat (10 Sep).

Pele "berada dalam keadaan sedar, aktif bercakap dan menunjukkan tanda-tanda positif yang normal," menurut satu kenyataan dari Hospital Alberto Einstein di Sao Paulo.

Dalam satu catatan media sosial yang berasingan, pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali yang berusia 80 tahun itu berkata beliau berasa dalam keadaan lebih baik malah sempat berseloroh bahawa beliau berharap dapat bermain bola sepak sekali lagi.

"Teman-teman saya, dengan setiap hari yang berlalu saya berasa semakin sihat," katanya di Instagram. "Saya tidak sabar dapat beraksi sekali lagi, namun saya tetap akan menjalani pemulihan selama beberapa hari lagi."

"Sedang saya berada di sini, saya mahu mengambil peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga saya dan berehat secukupnya."

Doktor Pele mengesan ketumbuhan itu pada minggu lalu semasa melakukan ujian perubatan tahunan dan beliau dibedah pada Sabtu lalu (4 Sep). Namun tidak jelas sama ada ketumbuhan itu borpotensi berubah menjadi barah.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan