Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pele dijangka keluar hospital selepas pembedahan usus

Legenda bola sepak Brazil Pele dijangka keluar hospital selepas pulih daripada pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan dalam ususnya, kata anak perempuannya Kely pada Rabu (29 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Pele dijangka keluar hospital selepas pembedahan usus

Petikan skrin video daripada Instagram Pele. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 29 Sep 2021 09:54PM Dikemas Kini : 29 Sep 2021 09:57PM

SAO PAULO: Legenda bola sepak Brazil Pele dijangka keluar hospital selepas pulih daripada pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan dalam ususnya, kata anak perempuannya Kely pada Rabu (29 Sep).

Anaknya itu bagaimanapun tidak mengongsi tarikh sebenar Pele akan dikeluarkan dari Hospital Albert Einstein di Sao Paulo itu tetapi akhbar Estado de Sao Paulo melaporkan bahawa dia djangka keluar pada Khamis (30 Sep).

"Kini memandangkan dia lebih kuat dan akan keluar dari hospital untuk meneruskan pemulihan, saya akan merawatnya sendiri di rumah," tulis anak perempuannya yang tinggal di Amerika Syarikat itu, di Instagram.

Sepanjang rawatan bapanya itu, Kely memanfaatkan media sosial untuk memuat naik kemas kini tentang bapanya selama sebulan di hospital, termasuk video-video pemulihannya.

Bekas pemain Santos, Brazil dan New York Cosmos yang berusia 80 tahun itu menjalani pembedahan pada 4 September selepas ketumbuhan ditemui dalam tubuhnya sewaktu rawatan rutin perubatannya.

Dia dibawa keluar masuk Unit Jagaan Rapi (ICU) hospital itu untuk beberapa hari tetapi kini sedang beransur pulih sejak dibawa ke bilik sendiri.

Ikon global itu kelihatan riang dalam video-video yang dimuat naik Kely dan saudara perempuannya Flavia. Malah, dia dilihat menyanyi, bermain kad dan mengukir senyuman pada kamera.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan