Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pelari Kenya pecah rekod maraton

Acara maraton lelaki kini mempunyai rekod dunia baru. Eliud Kipchoge dari Kenya memecahkan rekod lama dengan catatan masa 2 jam 1 minit 39 saat di Berlin.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelari Kenya pecah rekod maraton

Eliud Kipchoge meraikan kemenangannya dalam maraton yang diadakan di Berlin. (Gambar: John Macdougall/AFP)

Diterbitkan : 17 Sep 2018 08:51PM Dikemas Kini : 17 Sep 2018 08:57PM

BERLIN: Acara maraton lelaki kini mempunyai rekod dunia baru. Eliud Kipchoge dari Kenya memecahkan rekod lama dengan catatan masa 2 jam 1 minit 39 saat di Berlin.

Rekod baru itu 1 minit 18 saat lebih pantas berbanding rekod Dennis Kimetto yang dicatat empat tahun lalu, juga di Berlin.

Pelari 33 tahun itu juga merupakan juara Maraton London tahun ini dan pemenang pingat emas di Sukan Olimpik Rio pada 2016.

Dengan rekod terbarunya itu, Kipchoge kini antara pelari maraton terhebat dalam sejarah.

Acara maraton bagi wanita juga dimenangi oleh seorang pelari asal Kenya dengan Gladys Cherono mencatat masa 2 jam 18 minit 11 saat.  

Sumber : AFP/NT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan