Images
  • cherono
    Lawrence Cherono dari Kenya memegang piala selepas memenangi Maraton Boston yang ke-123. (Gambar: Winslow Townson/ AP Photo)

Pelari Kenya juara Maraton Boston 2019

AMERIKA SYARIKAT: Pelari Kenya, Lawrence Cherono, muncul juara Maraton Boston tahun ini dengan kelebihan amat tipis.

Cherono tiba di garisan penamat dalam masa dua jam, tujuh minit, 57 saat.

Masa yang dicatat itu hanya dua saat di belakang pesaing terdekat Cherono, Lelisa Desisa dari Habsyah yang merupakan juara 2015.

Seorang lagi peserta Kenya, Kenneth Kipkemoi, menduduki tempat ketiga.

Dalam bahagian wanita,
Worknesh Degefa dari Habsyah meninggalkan jauh para peserta lain dari mula lagi untuk muncul juara dalam masa dua jam, 23 minit, 31 saat.

Juara bertahan, Desiree Linden, dari Amerika Syarikat tiba ke garisan penamat di tempat kelima dalam masa dua jam 27 minit. 

- AFP/AA/fz

Top