Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pelari Kenya dilanggar kereta semasa separuh marathon Colombia

Seorang atlit Kenya, Joseph Kiprono dilanggar oleh sebuah kereta pada Ahad (16 Sep) semasa beliau sedang mendahului larian separuh maraton di Colombia, di mana seorang pesaing rebah dan disahkan meninggal dunia, menurut pihak penganjur.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelari Kenya dilanggar kereta semasa separuh marathon Colombia

Atlit Kenya, Joseph Kiprono. (Gambar: Joaquin Sarmieto/AFP)

Diterbitkan : 17 Sep 2018 10:49AM Dikemas Kini : 17 Sep 2018 10:53AM

MEDELLIN, Colombia: Seorang atlit Kenya, Joseph Kiprono dilanggar oleh sebuah kereta pada Ahad (16 Sep) semasa beliau sedang mendahului larian separuh maraton di Colombia, di mana seorang pesaing rebah dan disahkan meninggal dunia, menurut pihak penganjur.

Kiprono - juara bertahan - mendahului larian sejauh 21 kilometer itu di bandar kedua Medellin apabila beliau dilanggar oleh sebuah kereta. Menurut pihak berkuasa, pemandu tersebut sudah "melanggar penutupan jalan raya."

Setelah dirawat oleh para doktor di tempat kejadian, beliau dibawa ke hospital bagi merawat luka-luka dan lebam yang dialaminya. Bagaimanapun, beliau dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Menurut para penganjur, seorang pelari yang berusia 38 tahun meninggal dunia setelah rebah semasa acara tersebut, disebabkan oleh masalah jantung dan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan