Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pelancaran larian obor Olimpik Tokyo mungkin tanpa penonton

Penganjur Sukan Olimpik Musim Panas di Jepun bersedia mengadakan upacara pembukaan larian obor Olimpik tanpa kehadiran penonton untuk mencegah jangkitan COVID-19, lapor Sputnik memetik stesen penyiaran NHK pada Selasa (9 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancaran larian obor Olimpik Tokyo mungkin tanpa penonton

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Mar 2021 06:10PM Dikemas Kini : 09 Mar 2021 06:13PM

TOKYO: Penganjur Sukan Olimpik Musim Panas di Jepun bersedia mengadakan upacara pembukaan larian obor Olimpik tanpa kehadiran penonton untuk mencegah jangkitan COVID-19, lapor Sputnik memetik stesen penyiaran NHK pada Selasa (9 Mac).

Larian akan bermula di wilayah Fukushima pada 25 Mac dan berakhir di Tokyo pada 23 Julai. Fukushima dipilih sebagai lokasi permulaan larian obor untuk memperingati pemulihan yang dibuat di wilayah tersebut selepas dilanda tsunami dan gempa bumi pada 2011.

Dijadualkan berlangsung pada 2020, Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo ditunda hingga 2021 kerana pandemik COVID-19.

Temasya itu kini dirancang diadakan dari 23 Julai hingga 8 Ogos.

Upacara larian obor itu akan disertai wanita tertua dunia, Kane Tanaka, yang 118 tahun sedang mempersiapkan dirinya untuk membawa obor temasya tersebut.

"Biarpun nenek sudah berusia 118 tahun, beliau masih boleh mengamalkan gaya hidup aktif - kami mahu orang lain melihat nenek dan mendapat inspirasi bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan apa sahaja," kata cucunya, Eiji Tanaka, yang dalam lingkungan usia 60-an tahun, kepada CNN.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan