Images
  • paul pogba
    Paul Pogba (Gambar: AFP)

Paul Pogba terlepas beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia

PARIS: Pemain bola sepak Paul Pogba mengalami kecederaan paha dan akan terlepas beraksi dalam dua perlawanan terakhir Perancis dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.

Pemain tengah kelab Manchester United itu mengalami kecederaan tersebut semasa menjalani latihan menyepak bola pada Isnin (8 Nov) sejurus selepas beliau melepaskan rembatan yang tersasar.

Pogba dilihat menjerit kesakitan selepas melakukan sepakan itu dan kemudian terhincut-hincut meninggalkan padang latihan Perancis di Clairefontaine.

Persatuan Bolasepak Perancis (FFF) selepas itu mengesahkan bahawa Pogba tidak akan dapat bermain dalam perlawanan menentang Kazakhstan hujung minggu ini dan aksi menentang Finland tiga hari kemudian.

Jordan Beretout dinamakan sebagai pengganti dan Pogba dijangka akan meninggalkan rakan sepasukannya esok (10 Nov).

Biarpun kehilangan Pogba dilihat tidak akan memberikan kesan besar buat Perancis, yang akan mengesahkan kedudukan teratas Kumpulan D dengan satu lagi kemenangan, kecederaan itu tiba pada waktu yang buruk buat pemain berkenaan.

Pogba memulakan musim ini dengan amat baik bersama United namun prestasinya mula merosot dan kecederaan terbaru itu pasti akan menggugat peluangnya untuk kembali merebut tempat dalam kesebelasan utama Ole Gunnar Solskjaer.

- Agensi berita/HA/ha

Top