Images
  • paul pogba
    (Gambar: Reuters)

Paul Pogba disahkan positif COVID-19

PARIS: Pemain midfield Manchester United Paul Pogba digugurkan daripada senarai pemain bola sepak pasukan Perancis yang diumumkan pada Khamis (27 Ogos) bagi perlawanan Liga Negara-Negara Eropah menentang Sweden dan Croatia pada bulan depan setelah diuji positif COVID-19, menurut jurulatih pasukan Didier Deschamps.

Pemenang pingat Piala Dunia Pogba digantikan oleh pemain remaja Eduardo Camavinga, yang akan beraksi buat pertama kali bersama pemain midfield Olympique Lyon Houssem Anouar dan pemain pertahanan RB Leipzig Dayot Upamecano.

"Malangnya beliau menjalani ujian pada Rabu yang mendedahkan bahawa beliau disahkan positif pada pagi Khamis," kata Deschamps mengenai ketidakhadiran Pogba dalam pasukan.

Pemain midfield Juventus Adrien Rabiot juga dipanggil untuk menyarung semula jersi Perancis buat pertama kali selepas dua tahun setelah beliau enggan disertakan dalam senarai pemain bagi Piala Dunia 2018.

Perancis akan menentang Sweden dalam perlawanan pembukaan Liga Negara-Negara Eropah pada 5 Sep sebelum pulang ke tanah air bagi perlawanan menentang Croatia tiga hari kemudian.

- AFP/HA/ha

Top