Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Patah lengan kanan; Messi terlepas aksi 3 minggu

Kapten Barcelona, Lionel Messi bakal terlepas aksi selama tiga minggu, selepas patah lengan kanan ketika membantu kelab itu mencatat kemenangan 4-2 ke atas Sevilla, pada Sabtu (20 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Patah lengan kanan; Messi terlepas aksi 3 minggu

Lionel Messi mendapat bantuan perubatan selepas mengalami kecederaan. (Gambar: LLuis Gene/AFP)

Diterbitkan : 21 Oct 2018 03:49PM Dikemas Kini : 21 Oct 2018 03:53PM

BARCELONA: Kapten Barcelona, Lionel Messi bakal terlepas aksi selama tiga minggu, selepas patah lengan kanan ketika membantu kelab itu mencatat kemenangan 4-2 ke atas Sevilla, pada Sabtu (20 Okt).

Akibat kecederaan itu, Messi tidak akan diturunkan untuk perlawanan menentang Inter Milan pada Rabu dan musim pertama Clasico menentang seteru utama, Real Madrid pada 28 Oktober ini.

Satu kenyataan yang dikeluarkan kelab Barcelona berbunyi: Ujian yang dilakukan pada Leo Messi mengesahkan beliau patah tulang radial di lengan kanannya. Dia tidak dapat beraksi sekitar tiga minggu."

Dengan demikian, Messi juga tidak boleh diturunkan bagi perlawanan La Liga di Rayo Vallecano pada 3 November di padang sendiri dan pusingan kedua menentang Inter Milan di Itali pada 6 November.

Pemain asal Argentina itu bagaimanapun mungkin kembali beraksi dalam perlawanan menentang Real Betis di padang sendiri pada 11 November.

Sebelum cedera, Messi sempat menyumbang satu gol bagi mencatat kemenangan 4-2 ke atas Sevilla.

Ousmane Dembele menggantikan Messi pada minit ke-25, selepas pemain itu diperiksa oleh doktor kelab di tepi padang ekoran pertembungan dengan pemain Sevilla, Franco Vazquez.

Messi dilihat mengalami kesakitan, meninggalkan padang dengan lengan kanannya berbalut.

“Apa yang jelas, ia boleh dikatakan satu kehilangan,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde.

“Adalah jelas yang kami perlu akur dengan ketiadaannya, tetapi kami akan cuba membiasakan diri. Kami mempunyai sumber, biarpun kami akan berdepan beberapa pasukan yang sangat sukar.”

"Terdapat perbezaan besar antara mempunyainya di padang ataupun tidak tetapi kami mempunyai sebuah pasukan yang cukup kuat untuk memenangi perlawanan sama ada dia bermain ataupun tidak,” tegas jurulatih Barca itu lagi.  

Sumber : AFP/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan