Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan Singa jatuh 2 tangga ke ranking 172 dalam Senarai FIFA; M'sia di tangga 174

Singapura jatuh dua tempat dalam senarai FIFA terbaru yang dikeluarkan hari ini (21 Dis) dengan kedudukan ke-172.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan Singa jatuh 2 tangga ke ranking 172 dalam Senarai FIFA; M'sia di tangga 174

Pasukan Singa, yang tidak menyertai apa jua perlawanan pada bulan Disember ini, kini berada di belakang Fiji, Chad dan Dominica yang seri di tempat ke-168 dan Nepal yang di tangga ke-171. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 21 Dec 2017 07:19PM Dikemas Kini : 21 Dec 2017 08:19PM

SINGAPURA: Singapura jatuh dua tempat dalam senarai FIFA terbaru yang dikeluarkan hari ini (21 Dis) dengan kedudukan ke-172.

Pasukan Singa, yang tidak menyertai apa jua perlawanan pada bulan Disember ini, kini berada di belakang Fiji, Chad dan Dominica yang seri di tempat ke-168 dan Nepal yang di tangga ke-171.

Namun begitu, Singapura di hadapan negara-negara Asia Tenggara seperti Kemboja yang disenaraikan di tangga ke-173 dan Malaysia di tempat ke-174.

Kedudukannya sekarang ini satu tangga lebih baik berbanding dengan yang terendah pernah dicatat iaitu tempat ke-173 pada Oktober lalu.

Iran kekal sebagai pasukan Asia yang paling tinggi dalam senarai berkenaan di tempat ke-32 manakala Vietnam yang menduduki tangga ke-112 mendahului pasukan-pasukan Asia Tenggara selepas memanjat 13 tempat.

Jerman pula menutup tirai musim tahun ini sebagai pasukan terbaik dalam senarai FIFA itu.

Baru-baru ini, persatuan bola sepak Singapura mengumumkan beberapa perubahan untuk memperbaiki prestasinya.

Ini termasuk keperluan bagi pemain-pemain muda untuk membarisi kesebelasan utama dalam perlawanan-perlawanan Liga S.

Persoalannya adalah mungkinkah dengan perubahan-perubahan ini, pasukan Singa dapat mencapai kedudukan yang lebih baik tahun depan?  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan