Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan S'pura U-23 tidak bermain dalam Sukan Asia setelah SNOC tolak rayuan FAS

Ini kali pertama dalam empat edisi Sukan Asia bahawa U-23 Singapura tidak akan bersaing.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan S'pura U-23 tidak bermain dalam Sukan Asia setelah SNOC tolak rayuan FAS

Presiden SNOC, Tan Chuan-Jin dengan pasukan bola sepak Singapura di bawah 23 tahun. (Gambar: FAS)

Diterbitkan : 26 Jun 2018 08:48PM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 08:53PM

SINGAPURA: Pasukan bola sepak Singapura di bawah 23 tahun tidak akan bersaing dalam Sukan Asia tahun ini selepas rayuan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) ditolak oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) pada hari Selasa (26 Jun).

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan Sukan SNOC, yang dipengerusi oleh Presiden SNOC, Tan Chuan-Jin, hari ini (26 Jun).

Seorang jurucakap SNOC mengesahkan kepada Mediacorp bahawa keputusan terbaru yang dikemukakan oleh FAS - kekalahan 0-2 pasukan U-23 Singapura menentang Myanmar pada Rabu lalu (20 Jun) - gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Perlawanan itu dianjurkan oleh FAS untuk U-23 Singapura bagi mewajarkan pemilihan mereka ke Sukan Asia. Untuk layak dalam kontinjen Singapura, pasukan itu mesti memenuhi "kriteria pemilihan iaitu menduduki tempat keenam di peringkat Asia yang sebelum ini, atau menewaskan pesaing-pesaingnya yang berada sekurang-kurangnya di peringkat keenam di Asia.

Bagaimanapun, pasukan U-23 Singapura gagal menewaskan Myanmar, yang hanya mempunyai seorang pemain berusia 20 tahun ke atas, meskipun ketua jurulatih Fandi Ahmad berkata bahawa selepas perlawanan itu, Encik Tan memberitahu pasukan itu, "beliau cukup gembira" dengan apa yang dilihatnya.

Ini kali pertama dalam empat edisi Sukan Asia bahawa U-23 Singapura tidak akan bersaing.

Senarai terakhir para atlit di kontinjen Singapura akan disahkan pada majlis penyerahan bendera bulan depan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan