Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan-pasukan F1 setuju 22 perlumbaan pada 2020

BUDAPEST: Pasukan-pasukan lumba F1 bersetuju bahawa 22 perlumbaan boleh diadakan pada tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan-pasukan F1 setuju 22 perlumbaan pada 2020

(Gambar: Reuters/Anton Vaganov)

Diterbitkan : 04 Aug 2019 09:54PM Dikemas Kini : 04 Aug 2019 09:56PM

BUDAPEST: Pasukan-pasukan lumba F1 bersetuju bahawa 22 perlumbaan boleh diadakan pada tahun depan.

Namun, ini harus dilakukan tanpa menambah jumlah enjin yang dibenarkan. Demikian menurut bos Mercedes, Toto Wolff.

Pengendali hak komersil Liberty Media telah meminta 10 pasukan F1 yang perlu meluluskan sebarang penambahan melebihi 21 perlumbaan sekarang, untuk mempertimbangkan usulan itu.

"Kami bersetuju untuk mengadakan perlumbaan ke-22," Wolff memberitahu para wartawan menjelang perlumbaan Grand Prix Hungary hari ini (4 Ogos).

Bos-bos pasukan bertemu di litar perlumbaan Hungaroring di Mogyoród, Hungary pada Sabtu (3 Ogos) untuk membincangkan hal itu.

"Kami perlu membenarkan Liberty mengembangkan F1 dan jika mereka dapat menarik para penganjur, kami perlu memberikan mereka sokongan," kata Wolff.

"Kami bersedia. Kami tidak harus menukar peraturan teknikal bagi perlumbaan tambahan, itu perdebatannya. Ia tidak seharusnya dilihat sebagai satu peluang; "Hooray, mari kita tambah jumlah komponen."

"Begitu juga kami harus lindungi pasukan pelumba kami, dan kami semua, kerana ia boleh sampai ke satu masa ia tidak dapat dikendalikan lagi dengan seorang sahaja kakitangan yang mengunjungi semua perlumbaan. Oleh itu ia menjadi satu faktor yang jelasnya perlukan penyelesaian."

Jadual perlumbaan F1 tahun depan mungkin mempunyai 22 perlumbaan. Vietnam dan Belanda ditambah kepada 21 perlumbaan yang ada sekarang. Pasukan Jerman besar kemungkinan akan menarik diri.

Mexico kekal satu keraguan atas sebab-sebab pendanaan, namun, pihak F1 tetap mahukan perlumbaan itu berlangsung.

Sementara itu, Sepanyol dan Itali belum lagi menandatangani penyambungan kontrak meskipun pihak berkuasa dan penganjur tempatan telah memberikan lampu hijau.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan