Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan lawan pedang wanita S'pura terjamin dapat sekurang-kurangnya gangsa

Pasukan lawan pedang wanita Singapura bakal merangkul pingat pertama bagi sukan itu di Sukan Asia 2018 hari ini (23 Ogos) selepas menumpaskan pasukan Taipei dalam pertarungan suku akhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2018 04:53PM Dikemas Kini : 23 Aug 2018 09:43PM

JAKARTA: Pasukan lawan pedang wanita Singapura bakal merangkul pingat pertama bagi sukan itu di Sukan Asia 2018 hari ini (23 Ogos) selepas menumpaskan pasukan Taipei dalam pertarungan suku akhir.

Pasukan tersebut - yang dianggotai Amita Berthier, Maxine Wong, Tatiana Wong dan Melanie Huang - mengalahkan pasukan Taipei 45-19 bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa kerana tidak akan ada perlawanan bagi kedudukan ketiga dan keempat.

Pasukan itu akan berentap dalam peringkat separuh akhir petang nanti (23 Ogos) melawan China atau Filipina.

Jika Singapura menang dalam peringkat itu, pasukan itu akan bertanding untuk merangkul pingat emas petang Khamis (23 Ogos).

Pingat yang bakal dimenangi di Jakarta merupakan pingat kedua yang dirangkul pasukan lawan pedang dalam Sukan Asia selepas Lim Wei Wen menang pingat gangsa di Icheon pada 2014. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan