Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan Ducati kuasai hari terakhir ujian pra musim Kejuaran MotoGP 2019 di Sepang

Pelumba Mission Winnow Ducati, Danilo Petrucci memanfaatkan sepenuhnya kelebihan jentera Desmoedici GP19 untuk meleburkan rekod masa sepusingan terpantas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pagi Jumaat (8 Feb) pada hari terakhir ujian pra-musim Kejuaraan MotoGP 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan Ducati kuasai hari terakhir ujian pra musim Kejuaran MotoGP 2019 di Sepang

Pelumba Mission Winnow Ducati, Danilo Petrucci (kiri). (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 09 Feb 2019 09:41AM Dikemas Kini : 09 Feb 2019 09:45AM

SEPANG: Pelumba Mission Winnow Ducati, Danilo Petrucci memanfaatkan sepenuhnya kelebihan jentera Desmoedici GP19 untuk meleburkan rekod masa sepusingan terpantas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pagi Jumaat (8 Feb) pada hari terakhir ujian pra-musim Kejuaraan MotoGP 2019.

Walaupun terjatuh semasa sesi ujian itu tengah hari semalam, pelumba Itali berusia 28 tahun itu berjaya mencatat masa terpantas satu minit 58.239 saat, mengatasi catatan masa Jorge Lorenzo 1:58.830s tahun lepas menggunakan jentera Ducati.

Lorenzo yang kini mewakili Repsol Honda Team, satu-satunya pelumba tidak berada di Litar Sepang untuk sesi ujian itu berikutan baru menjalani pembedahan pada pergelangan tangannya.
Sesi ujian pada hari terakhir itu dalam keadaan cuaca panas terik dikuasai pasukan menggunakan jentera Ducati – Mission Winnow Ducati dan Alma Pramac Racing.

Pelumba rookie MotoGP 2019 dan juara dunia Moto2, Francesco Bagnaia daripada Alma Pramac Racing menampilkan aksi cemerlang semalam, hanya 0.063s di belakang Petrucci, manakala rakan sepasukannya, Jack Miller dari Australia di tempat ketiga terpantas dengan catatan masa 1:58.366s.

Seorang lagi pelumba Mission Winnow Ducati dari Itali, Andrea Dovizioso pula ketinggalan 0.299s daripada pendahulu.

Pelumba pasukan tuan rumah, Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli dari Itali mencatat keputusan membanggakan apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 pelumba terbaik selepas mencatat masa terpantas 1:59.141s di kedudukan kelapan, manakala rakan sepasukannya dari Perancis, Fabio Quartararo di tempat ke-16 dengan catatan 1:59.497s.

Juara dunia tujuh kali kelas utama Kejuaraan MotoGP, Valentino Rossi daripada pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, dan juara dunia Marc Marquez, masing-masing di tempat ke-10 dan 11 selepas mencatat masa 1:59.155s dan 1:59.170s.

Pelumba MotoGP tunggal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah pula mencatatkan masa 2:00.766s.

Pusingan akhir ujian pra-musim MotoGP akan diadakan di Litar Antarabangsa Losail di Qatar pada 23 hingga 25 Feb, sebelum perlumbaan pembuka tirai musim 2019 di litar sama pada 8 hingga 10 Mac. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan