Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan bola sepak S'pura belasah Brunei 7-0

Ikhsan Fandi mencatat 'hat-trick' semasa pasukan bola sepak Bawah-22 Singapura membelasah Brunei 7-0 dalam perlawanan terakhir mereka di Sukan SEA hari ini (5 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan bola sepak S'pura belasah Brunei 7-0

Gol pertama Singapura dijaringkan menerusi tandukan Irfan Fandi.

Diterbitkan : 05 Dec 2019 10:35PM Dikemas Kini : 05 Dec 2019 10:36PM

MANILA: Ikhsan Fandi mencatat 'hat-trick' semasa pasukan bola sepak Bawah-22 Singapura membelasah Brunei 7-0 dalam perlawanan terakhir mereka di Sukan SEA hari ini (5 Dis).

Setelah empat perlawanan - tiga kekalahan dan satu keputusan seri - tanpa mendapat sebarang mata dalam Kumpulan B, pasukan Singa muda itu akhirnya mendapat kemenangan pertama.

Kedua-dua pasukan bagaimanapun sudah disingkirkan daripada persaingan sebelum pertemuan mereka itu.

Gol pertama dijaringkan oleh kapten pasukan, Irfan Fandi, yang menanduk bola ke gawang lawan pada minit keempat.

Kedua-dua pasukan menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan pada separuh masa pertama dengan Singapura menguasai permainan.

Namun, pasukan Singapura agak lalai dalam menjaringkan gol dengan kebanyakan gol melepasi gawang.

Brunei tinggal dengan hanya 10 anggota setelah Farhan Zulkifli dilayangkan kad kuning kedua, empat minit selepas waktu rehat.

Singapura cuba memanfaatkan kepincangan jumlah anggota pasukan lawannya dengan mendekati gawang gol dan menggoyahkan strategi pertahanan Brunei. Namun, mereka terus terlepas peluang untuk menjaringkan gol.

Gol kedua dijaringkan pada minit ke-68 menerusi rembatan Ikhsan Fandi yang memanfaatkan hantaran jauh Jacob Mahler.

Singapura menjaringkan gol ketiga pada minit ke-72 menerusi Saifullah Akbar menyusuli tendangan padu daripada Irfan ke dalam kotak penalti. Gol keempat dijaringkan oleh Faris Ramli pada minit ke-84 setelah berjaya menembusi pertahanan lemah Brunei.

Faris menjaringkan gol keduanya pada minit ke-84 diikuti dengan jaringan gol kembar oleh Ikhsan pada minit ke-92 dan 93.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan