Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan bola lisut Australia pertama tiba di Jepun bagi Sukan Olimpik

Pasukan bola lisut atau "softball" Australia menjadi kumpulan atlit pertama yang tiba di Jepun bagi Sukan Olimpik pada Selasa (1 Jun), dalam detik bersejarah utama bagi acara sukan itu yang sebelum ini ditunda kerana pandemik dan terus berdepan kontroversi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan bola lisut Australia pertama tiba di Jepun bagi Sukan Olimpik

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Jun 2021 12:19PM Dikemas Kini : 01 Jun 2021 12:20PM

TOKYO: Pasukan bola lisut atau "softball" Australia menjadi kumpulan atlit pertama yang tiba di Jepun bagi Sukan Olimpik pada Selasa (1 Jun), dalam detik bersejarah utama bagi acara sukan itu yang sebelum ini ditunda kerana pandemik dan terus berdepan kontroversi.

Pasukan itu yang dikenali sebagai Aussie Spirit, tiba di lapangan terbang Narita di luar Tokyo bersama kakitangan sokongan dan mereka segera dibawa untuk menjalani ujian COVID-19.

Rombongan itu sudah divaksin namun masih perlu menjalani ujian sebelum pelepasan dan sebaik tiba di Jepun. Mereka juga perlu menjalani sekatan ketat sepanjang mereka berada di sana.

Ketibaan itu merupakan satu dorongan bagi pihak penganjur yang masih berdepan dengan bantahan orang ramai dan persoalan sama ada Sukan Olimpik boleh atau harus diteruskan.

Sebahagian besar Jepun termasuk Tokyo kini di bawah perintah darurat virus dan tinjauan rata-rata menunjukkan bahawa sebilangan besar penduduk Jepun mahu acara sukan itu ditunda lagi atau dibatalkan sama sekali.

Namun, pihak penganjur berkata peraturan bagi langkah-langkah membendung penularan virus yang terperinci akan memastikan keselamatan para peserta dan orang awam dan sekitar 80 peratus daripada mereka yang berada di Kampung Olimpik sudah pun divaksin.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan