Images
  • barca
    (Gambar: Reuters)

Para pemain Barca terima bonus S$139 juta musim lalu

BARCELONA: Barcelona membayar €92 juta (S$139,352,860) bonus secara keseluruhannya kepada para pemainnya atas kemenangan pasukan itu di Liga Sepanyol dan Piala Super musim lalu, menurut laporan tahunan kelab itu.

Bonus itu kurang €2 juta (S$3,029,410) berbanding jumlah yang dibayar pada 2018.

Namun, jumlah bonus yang dibayar tahun ini €3 juta (S$4,544,115) lebih tinggi berbanding jumlah yang diterima para pemain apabila memenangi tiga kejuaraan pada 2015.

Laporan itu turut mendedahkan kelab itu membelanjakan €541 juta (S$819 juta) secara keseluruhan untuk kos kakitangan seluruh pasukan sukannya, dengan kira-kira €312 juta (S$472 juta) dibelanjakan bagi kos jurulatih dan pemain pasukan utama.

Meskipun Barca menewaskan pasukan La Liga dan menjulang Piala Super musim lalu, mereka menemui kekalahan di peringkat akhir Copa del Rey di tangan Valencia dan disingkirkan oleh Liverpool pada peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

Barca memberi bayaran €89 juta euro (S$135 juta) kepada pemainnya semasa musim 2014-15 setelah mereka meraih kemenangan berturut-turut di La Liga, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara.

Para pemain juga diberikan bayaran bonus €94 juta euro (S$142 juta) pada musim 2017-18 menyusuli kemenangan gelaran Copa del Rey dan La Liga.

- Reuters/HA/ha

Top