Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Padli Osman diberi kepercayaan untuk terus pimpin pasukan takraw S’pura

Persekutuan Sepaktakraw Singapura (PERSES) melanjutkan kontrak jurulatihnya, Encik Padli Osman untuk terus memimpin pasukan sepaktakraw negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Padli Osman diberi kepercayaan untuk terus pimpin pasukan takraw S’pura

Presiden PERSES Abdul Halim Kader dan jurulatih, Padli Osman. (Gambar: PERSES)

Diterbitkan : 05 Mar 2019 07:22PM Dikemas Kini : 05 Mar 2019 07:38PM

SINGAPURA: Persekutuan Sepaktakraw Singapura (PERSES) melanjutkan kontrak jurulatihnya, Encik Padli Osman untuk terus memimpin pasukan sepak takraw negara.

Berita ini diumumkan oleh Presiden PERSES Abdul Halim Kader yang menyampaikan kontrak tersebut kepada Encik Padli di Heartbeat@Bedok pada Selasa (5 Mac).

Encik Padli, 53 tahun, yang menjadi jurulatih pasukan Singapura semasa bertanding di Sukan Asia di Palembang, Imdonesia pada 2018 berjaya meraih 2 pingat gangsa bagi acara regu dan ‘quarant’.

Menurut Encik Abdul Halim, PERSES menaruh keyakinan pada Encik Padli untuk membawa pasukan negara ke tahap yang lebih tinggi lagi.

PERSES menyasarkan pingat emas bagi acara regu di Sukan SEA Manila yang akan berlangsung pada 1 Dis depan.

(Gambar: PERSES)

Sepak takraw akan dipertandingkan di Dewan Sukan Subic Bay yang berupaya menampung seramai 2,000 penonton.

Bagi acara pemain lelaki, empat acara yang akan dipertandingkan adalah Acara Pasukan, Regu, Hoop (Galung) Dan Quarant.

Setiap negara yang mengambil bahagian hanya boleh bertanding dalam dua acara sahaja. Ini bagi memberikan peluang kepada negara-negara peserta untuk mendapatkan pingat.

Seramai 33 pemain muda dan berpengalaman sudah dikenal pasti dan bakal diundang untuk menyertai latihan pusat di Heartbeat@Bedok bermula minggu depan. 

Kontrak Encik Padli dilanjutkan sehingga 31 Dis. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan