Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ozil lancarkan pusat bantu penduduk keturunan Asia Selatan di Britain

Bekas pemain tengah Real Madrid dan Arsenal Mesut Ozil, melancarkan sebuah pusat di Bradford yang bertujuan untuk memecahkan benteng yang menjadi penghalang bagi masyarakat Asia Selatan untuk mengejar cita-cita dalam bidang sukan elit.

Anggaran Waktu Membaca:
Ozil lancarkan pusat bantu penduduk keturunan Asia Selatan di Britain

Mesut Ozil.

Diterbitkan : 06 Oct 2021 10:42PM Dikemas Kini : 06 Oct 2021 10:43PM

LONDON: Bekas pemain tengah Real Madrid dan Arsenal Mesut Ozil, melancarkan sebuah pusat di Bradford yang bertujuan untuk memecahkan benteng yang menjadi penghalang bagi masyarakat Asia Selatan untuk mengejar cita-cita dalam bidang sukan elit.

Kemudahan baru itu, yang diberi nama The Football for Peace Mesut Ozil Center, akan ditempatkan di Universiti Bradford dan disokong oleh Bradford City dan Persatuan Bola Sepak.

Meskipun penduduk Afro-Caribbean Britain cukup diwakili dalam sukan elit, terutama bola sepak, orang Asia di Britain kurang diwakili dengan hanya 15 pemain bola sepak dari latar belakang Asia Selatan dalam kalangan 4,000 pemain profesional.

"Saya selalu hairan mengapa Komuniti Asia Selatan hanya dibenarkan menjadi peminat permainan (sukan), mengapa kita tidak menyaksikan lebih banyak pemain atau pengurus memasuki bola sepak profesional?" Ozil berkata. "Saya ingin menonjolkan mereka, memberi mereka peluang untuk berjaya di padang dan di luar padang.

"Saya sendiri berasal dari latar belakang etnik yang pelbagai dan memahami cabarannya."

Ozil, yang merupakan pemenang Piala Dunia bersama Jerman pada 2014, berketurunan Turki dan kini bermain untuk Fenerbahce di Istanbul.

Pusat di Bradford itu akan menjalankan sesi bola sepak dan "kemahiran hidup" di padang latihan Bradford City.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan