Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ozil bernikah, Erdogan jadi pengapitnya

Bekas pemain pasukan Jerman Mesut Ozil bernikah di Istanbul semalam (7 Jun) dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sebagai pengapit pengantin.

Anggaran Waktu Membaca:
Ozil bernikah, Erdogan jadi pengapitnya

Mesut Ozil (ketiga dari kiri), isterinya, Amine Gulse (kedua dari kiri), berdiri sebelah Presidn Turki Recep Tayyip Erdogan (kedua dari kanan) dan isterinya, Emin. (GAMBAR: AFP PHOTO / HO / TURKISH PRESIDENTIAL PRESS SERVICE)

Diterbitkan : 08 Jun 2019 02:15PM Dikemas Kini : 10 Jun 2019 12:07PM

ISTANBUL: Bekas pemain pasukan Jerman Mesut Ozil bernikah di Istanbul semalam (7 Jun) dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sebagai pengapit pengantin.

Ozil, 30 tahun yang keluarganya berasal dari Turki, mencetuskan kontroversi tahun lalu apabila beliau bergambar dengan Encik Erdogan, lalu menimbulkan tanda tanya tentang kesetiaan pemain bola sepak tersebut kepada Jerman. Ini lebih-lebih lagi kerana insiden itu berlaku sehari sebelum Jerman memulakan kempen Piala Dunia 2018.

Pemimpin Turki itu tiba di hotel mewah di tebing Laut Bosphorus untuk menyaksikan pemain tengah Arsenal itu bernikah dengan tunangnya, Cik Amine Gulse.

Ozil sudah berpacaran dengan Gulse sejak 2017 dan kedua-duanya mengumumkan pertunangan mereka pada Jun 2018.

Lumrahnya, Presiden Erdogan menghadiri majlis pernikahan selebriti-selebriti Turki, terutamanya mereka yang menyokong beliau sewaktu kempen pilihan raya.

Kehadirannya di majlis pernikahan Ozil selang beberapa minggu sebelum pilihan raya datuk bandar pada 23 Jun ini. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan