Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ozil bakal ke S'pura bersama Arsenal

"Semua pemain sama," Emery memberitahu Arsenal Player.

Anggaran Waktu Membaca:
Ozil bakal ke S'pura bersama Arsenal

Mesut Ozil. (Gambar: Daniel Leal-Olivas/AFP)

Diterbitkan : 17 Jul 2018 03:34PM Dikemas Kini : 17 Jul 2018 03:39PM

LONDON: Mesut Ozil bersama pasukannya Arsenal akan mengadakan lawatan pra-musim ke Singapura, ketua jurulatih baru Gunners, Unai Emery, mengesahkan semalam (16 Jul).

Susulan penyingkiran awal Jerman daripada Piala Dunia, Ozil bercuti dan belum lagi kembali untuk latihan pra-musim. Sebaliknya, Emery meneruskan latihan dengan pemain-pemain Arsenal yang tidak terlibat dalam perlawanan Piala Dunia di Rusia.

Emery dilantik setelah Arsene Wenger pengurus pasukan Arsenal berundur pada akhir musim lalu. Dalam perlawanan pertama beliau sebagai jurulatih, Arsenal menang selesa 8-0 ke atas Boreham Wood pada Sabtu, disertai pemain-pemain baru Sokratis Papastathopoulos dan Matteo Guendouzi.

Pengurus Gunners mengesahkan semalam, selain Ozil, Mohamed Elneny dari Mesir dan Alex Iwobi dari Nigeria, kedua-duanya tersingkir daripada Piala Dunia di peringkat kumpulan, akan menyertai lawatan ke Singapura pada 22 Julai.

"Semua pemain sama," Emery memberitahu Arsenal Player.

"Mereka mempunyai hari-hari cuti yang sama. Saya tahu Iwobi, Elneny dan Mesut Ozil. Beliau mengikuti kami ke Singapura pada hari pertama," Emery menambah.

Arsenal akan bermain menentang Paris Saint-Germain iaitu bekas kelab Emery dan penyandang Liga Europa, Atletico Madrid di Singapura sebagai sebahagian daripada Piala Kejohanan Antarabangsa.

Ozil mendapat kritikan hebat disebabkan prestasi yang menghampakan di Piala Dunia di mana juara tahun 2014 Jerman menduduki tangga terbawah kumpulan mereka.

Ini menyusuli kritikan terhadap prestasi pemain berusia 29 tahun itu pada peringkat akhir musim lalu dengan bekas pemain pertahanan Arsenal Martin Keown menuduh Ozil "tidak memberikan yang terbaik" setelah menandatangani kontrak baru pada Januari.

Namun Emery berkata pada Khamis: "Bagi kami Mesut pemain yang sangat penting ... hari ini beliau sedang bercuti dan saya mahu dia berehat dan saya mahu, apabila dia kembali bersama kami, untuk bermula dengan mentaliti yang baik."

Sumber : AFP/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan