Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Osaka juara Terbuka Australia

Pemain dari Jepun, Naomi Osaka menewaskan Jennifer Brady dalam pertandingan peringkat akhir Terbuka Australia, sekali gus menang kejohanan Grand Slam yang keempat, pada Sabtu (20 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Osaka juara Terbuka Australia

Naomi Osaka. (Gambar: AFP/MICHAEL DODGE)

Diterbitkan : 20 Feb 2021 10:43PM Dikemas Kini : 20 Feb 2021 10:46PM

MELBOURNE: Pemain dari Jepun, Naomi Osaka menewaskan Jennifer Brady dalam pertandingan peringkat akhir Terbuka Australia, sekali gus menang kejohanan Grand Slam yang keempat, pada Sabtu (20 Feb).

Osaka mengharungi pertarungan sengit pada set pertama tetapi mengawal permainan itu pada set kedua untuk menang 6-4, 6-3 dalam 77 minit.

Osaka berjaya mempertahankan rekod 100 peratus kemenangan di peringkat akhir kejohanan Grand Slam selepas merangkul kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2018 dan 2020 serta Terbuka Australia 2019.

Pemain berusia 23 tahun itu yang merupakan pemain ketiga setelah Monica Seles dan Roger Federer untuk memenangi empat kejohanan utama, juga kini melonjak ke tangga kedua dalam ranking dunia.

Atlit wanita yang meraih pendapatan paling tinggi dunia itu 'terselamat' daripada dua mata akhir di pusingan keempat ketika menentang Garbine Muguruza sebelum muncul juara.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan