Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Orang tertua dunia tarik diri daripada Larian Obor Olimpik Tokyo

Keputusan itu dibuat kerana bimbang terhadap pandemik COVID-19, menurut seorang pegawai di rumah jagaan warga tua di mana wanita itu menginap.

Anggaran Waktu Membaca:
Orang tertua dunia tarik diri daripada Larian Obor Olimpik Tokyo

Cik Kane Tanaka. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 May 2021 12:31PM Dikemas Kini : 05 May 2021 01:13PM

TOKYO: Orang tertua di dunia, iaitu seorang wanita Jepun yang berusia 118 tahun, memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam acara Larian Obor Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Keputusan itu dibuat kerana bimbang terhadap pandemik COVID-19, menurut seorang pegawai di rumah jagaan warga tua di mana wanita itu menginap.

Kane Tanaka, yang dianugerahi Rekod Dunia Guinness, sepatutnya menjadi salah seorang peserta yang membawa obor di Fukuoka, di selatan Jepun, yang dijadual berlangsung pada 11 Mei ini, menurut pegawai berkenaan.

"Kami menerima kiriman emel daripada keluarganya yang menyatakan beliau mahu menarik diri daripada acara itu kerana beliau dan keluarganya bimbang akan menularkan virus itu di rumah jagaan tersebut," menurut pegawai tersebut.

Acara larian obor itu, yang bermula pada Mac terjejas dek penularan COVID-19.

Enam orang yang membantu acara itu sudah didiagnosis dijangkiti COVID-19, menurut penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Ahad (2 Mei). Ini bermakna jumlah keseluruhan kes yang terlibat dalam acara itu adalah lapan.

Beberapa selebriti yang sepatutnya terlibat sama juga sudah menarik diri atas sebab-sebab keselamatan di tengah-tengah pandemik.

Bulan lalu, Jepun mengisytiharkan keadaan darurat bagi bandar-bandar besar termasuk Tokyo dan Osaka untuk membendung penularan lanjut.

Hari ini (5 Mei), akhbar Yomiuri melaporkan bahawa pemerintah negara itu akan berbincang untuk menimbangkan sama ada keadaan darurat itu perlu dilanjutkan ataupun tidak.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan