Orang ramai guna media sosial gesa pendatang di Perancis dilayan lebih baik
Kebanyakan daripada para pemain pasukan Perancis merupakan pendatang atau anak-anak kepada pendatang.
Menyusuli kemenangan Perancis di Piala Dunia, luahan pengguna twiitter @KhaledBeydoun mendapat perhatian meluas di media sosial, apabila beliau melahirkan harapan agar para pendatang yang tinggal di Perancis dilayan dengan lebih baik, seperti yang dilaporkan The Washington Post.
@KhaledBeydoun menyeru masyarakat Perancis melayan para pendatang Muslim dan Afrika di negara itu dengan lebih baik setelah negara itu menewaskan Croatia dan memenangi Piala Dunia.
Menurut The Washington Post, kebanyakan daripada para pemain pasukan Perancis merupakan pendatang atau anak-anak kepada pendatang.
"Anda tidak boleh meraikan dan memberi sorakan kepada golongan pendatang dan minoriti di padang bola sepak, dan mencerca mereka di tempat lain. Di Perancis dan di luarnya," @KhaledBeydoun menulis dalam catatannya di Twitter.
Pandangan sama juga disuarakan pengguna twitter @Lauren12arsenal, seperti yang ditukil The Washington Post.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.