Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

ONE Championship di S'pura umumkan pertandingan e-sukan

Pertubuhan seni bela diri campuran ONE Championship pada Rabu (7 Nov) mengumumkan pelancaran pertandingan e-sukan tahun depan dalam satu usaha niaga bernilai sehingga AS$50 juta (S$69 juta), sedang ia cuba memanfaatkan industri permainan video yang menawarkan pulangan lumayan.

Anggaran Waktu Membaca:
ONE Championship di S'pura umumkan pertandingan e-sukan

(Gambar: Ed JONES/AFP)

Diterbitkan : 07 Nov 2018 07:45PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 07:48PM

SINGAPURA: Pertubuhan seni bela diri campuran ONE Championship pada Rabu (7 Nov) mengumumkan pelancaran pertandingan e-sukan tahun depan dalam satu usaha niaga bernilai sehingga AS$50 juta (S$69 juta), sedang ia cuba memanfaatkan industri permainan video yang menawarkan pulangan lumayan.

Inisiatif "ONE E-sports" akan menampilkan beberapa acara di Asia di samping acara-acara MMA yang pernah diumumkan sebelum ini, menurut ONE Championship yang berpangkalan di Singapura.

Bagaimanapun ia tidak mendedahkan jumlah acara e-sukan yang akan diadakan atau di mana ia berlangsung. Syarikat tersebut akan menganjurkan 30 acara MMA pada 2019 di beberapa bandar termasuk Singapura, Bangkok, Beijing dan Tokoyo.

ONE E-sports adalah satu usaha niaga bersama antara ONE Championship dengan agensi pengiklanan Jepun, Dentsu. Syarikat permainan video Razer turut akan bekerjasama dalam inisiatif itu.

Menurut ONE Championship, ia merancang untuk melabur sehingga AS$50 juta (S$68 juta) dengan rakan usaha niaga lain bagi inisiatif tersebut. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan