Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik: Yu Mengyu kalah di tangan pemain nombor satu dunia; peluang rebut pingat gangsa malam ini

Peluang Yu Mengyu untuk meraih pingat emas bagi acara tenis meja peseorangan wanita di Sukan Olimpik Tokyo berakhir pada Khamis (29 Jul) selepas tewas 4-0 di tangan pemain terbaik dunia Chen Meng dari China di peringkat suku akhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: Yu Mengyu kalah di tangan pemain nombor satu dunia; peluang rebut pingat gangsa malam ini

Yu Mengyu beraksi di pusingan suku akhir tenis meja perseorangan wanita di Sukan Olimpik pada 29 Jul. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Jul 2021 11:42AM Dikemas Kini : 29 Jul 2021 10:41PM

TOKYO: Peluang Yu Mengyu untuk meraih pingat emas bagi acara tenis meja peseorangan wanita di Sukan Olimpik Tokyo berakhir pada Khamis (29 Jul) selepas tewas 4-0 di tangan pemain terbaik dunia Chen Meng dari China di peringkat suku akhir.

Sungguhpun demikian, pemain Singapura berusia 31 tahun itu masih berpeluang untuk membawa pulang pingat Sukan Olimpik apabila menentang Mimi Ito dari Jepun atau Sun Yingsha dari China, yang bakal bertarung pada lewat hari ini.

Yu yang menduduki tangga ke-47 dunia, berdepan dengan lawan yang mencabar tetapi berjaya memperbaiki prestasinya di penghujung set pertama. Namun, perjuangan itu tersekat apabila pemain nombor satu dunia itu memenangi set pertama 11-6.

Pemain China itu kembali menguasai set kedua. Meskipun Yu terus bertahan, Chen memenangi set kedua 11-8.

Yu mendahului set ketiga tetapi Chen kembali menyerang dan kemudian menumpaskannya 11-7.

Perkembangan set keempat serupa dengan set-set sebelum ini dengan Chen mendahului 4-1 sedang Yu kelihatan seperti mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan perubatan pada kaki kirinya.

Namun, beliau tidak menyerah kalah.

Atlit Singapura itu mencatat tiga mata berturut-turut untuk seri 5-5 tetapi tetap kalah di tangan Chen pada akhir pertarungan.

Yu akan beraksi dalam perlawanan bagi merebut pingat gangsa pada 8.00 malam waktu tempatan (7.00 malam waktu Singapura). 

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan