Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik Tokyo: Penonton asing dilarang masuk Jepun

Peminat dari luar negara tidak dibenarkan memasuki Jepun untuk mengikuti temasya Olimpik Tokyo berikutan kebimbangan tentang peningkatan jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik Tokyo: Penonton asing dilarang masuk Jepun

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Mar 2021 09:02PM Dikemas Kini : 20 Mar 2021 09:04PM

TOKYO: Peminat dari luar negara tidak dibenarkan memasuki Jepun untuk mengikuti temasya Olimpik Tokyo berikutan kebimbangan tentang peningkatan jangkitan COVID-19.

Demikian diumumkan pihak penganjur temasya itu pada Sabtu (20 Mac).

Sekitar 600,000 tiket bagi Sukan Olimpik dan lagi 300,000 bagi Paralimpik akan dikembalikan, kata ketua eksekutif jawatankuasa penganjur temasya itu.

Bercakap dalam satu sidang media pada Sabtu, CEO Tokyo 2020 Toshiro Muto berkata jawatankuasa itu akan mengumumkan jumlah wang yang akan dikembalikan.

Temasya Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan selama setahun berikutan pandemik koronavirus.

Meskipun penonton luar negara kini dilarang, presiden jawatankuasa penganjur Seiko Hashimoto berkata pada Februari lalu bahawa masih akan ada peminat di lapangan pertandingan. 

Sumber : Reuters/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan