Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik Tokyo: Atlit perlu jalani ujian COVID-19 setiap hari

Pihak penganjur Sukan Olimpik Tokyo pada Rabu (28 Apr) berkata mereka tidak akan menentukan berapa ramai penonton - jika dibenarkan - boleh menyaksikan temasya sukan itu sehingga Jun, kerana lonjakan pada jumlah kes koronavirus menimbulkan ketidaktentuan yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik Tokyo: Atlit perlu jalani ujian COVID-19 setiap hari

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Apr 2021 10:35PM Dikemas Kini : 28 Apr 2021 10:39PM

TOKYO: Pihak penganjur Sukan Olimpik Tokyo pada Rabu (28 Apr) berkata mereka tidak akan menentukan berapa ramai penonton - jika dibenarkan - boleh menyaksikan temasya sukan itu sehingga Jun, kerana lonjakan pada jumlah kes koronavirus menimbulkan ketidaktentuan yang baru.

Pihak penganjur juga mengumumkan bahawa para atlit perlu menjalani ujian COVID-19 setiap hari, berbanding dengan rancangan sebelum ini untuk menjalani ujian setiap empat hari, sedang mereka mengetatkan peraturan virus dalam usaha meraih sokongan bagi Sukan Olimpik 2021 yang ditangguhkan sejak 2020.

Dengan kurang tiga bulan sebelum temasya sukan itu dirasmikan, beberapa wilayah termasuk Tokyo diletakkan di bawah perintah berkurung menyusuli peningkatan pada jumlah kes jangkitan.

Para penyokong dari luar negara dilarang daripada menghadiri acara sukan itu dan pihak penganjur merancang untuk menetapkan had jumlah penonton tempatan pada bulan ini.

Namun, rancangan itu ditunda dan satu kata putus hanya dapat dicapai sebulan sebelum upacara pelancarannya pada 23 Julai.

Sulit untuk memenuhkan stadium-stadium bagi Sukan Olimpik Tokyo, kata ketua Olimpik Tokyo Seiko Hashimoto.

"Keselamatan adalah keutamaan nombor satu. Untuk mencapainya, kita perlu memantau keadaan dan membuat pertimbangan yang sewajarnya.

"Setakat ini, mempunyai stadium penuh sangat mencabar, saya memahaminya," katanya kepada para wartawan.

Butiran lanjut mengenai peraturan virus yang lain bagi para atlit dijangka diumumkan tidak lama kemudian sedang pihak penganjur mengemas kini buku panduan bagi Sukan Olimpik Tokyo.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan