Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik Tokyo 2020 tanpa penonton 'pilihan paling kurang berisiko', pakar

Pakar perubatan Jepun berkata pada Jumaat (18 Jun) bahawa larangan kehadiran penonton di acara Olimpik adalah pilihan paling kurang risiko dalam penganjuran temasya sukan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik Tokyo 2020 tanpa penonton 'pilihan paling kurang berisiko', pakar

Papan tanda Olimpik Tokyo 2020 (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 19 Jun 2021 11:21AM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 11:24AM

TOKYO: Pakar perubatan Jepun berkata pada Jumaat (18 Jun) bahawa larangan kehadiran penonton di acara Olimpik adalah pilihan paling kurang risiko dalam penganjuran temasya sukan tersebut.

Ini meskipun mereka akur masih ada peminat yang mungkin muncul di tapak-tapak acara sewaktu pandemik COVID-19.

Kerajaan Jepun dan pihak penganjur Tokyo 2020 sudah berbulan-bulan menangguhkan keputusan sama ada untuk membenarkan kehadiran penonton tempatan - peminat luar negara sudah dilarang sebelum ini - menggariskan keinginan mereka untuk menyelamatkan acara meskipun mendapat tentangan hebat dari masyarakat setempat.

Jepun telah berjaya mengelakkan ledakan penularan koronavirus yang melumpuhkan banyak negara lain. Namun pengagihan vaksin perlahan dan sistem perubatan di beberapa bahagian negara itu sampai ke tahap mendesak. Hasrat pihak kerajaan untuk mengadakan temasya itu dikritik kesatuan-kesatuan hospital dan doktor.

"Terdapat risiko pergerakan orang ramai dan pergaulan sewaktu semasa sukan Olimpik berlangsung akan menyebarkan jangkitan dan menyebabkan tekanan pada sistem perubatan," kata para pakar, yang dipimpin oleh penasihat kesihatan terkemuka Shigeru Omi, dalam laporan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Mereka akur bahawa mengadakan Sukan tanpa penonton adalah pilihan "paling kurang berisiko" dan yang diinginkan.

Namun para pakar Dr Omi telah mengemukakan kemungkinan bahawa tapak-tapak yang boleh menampung sehingga 10,000 penonton di kawasan-kawasan di mana sekatan "separa darurat" sudah dilaksanakan, seperti waktu pembukaan lebih singkat bagi restoran, sudah ditarik balik. Ia meningkatkan tanggapan bahawa temasya sukan itu mungkin dapat diadakan dengan kehadiran penonton.

Keputusan akhir dijangka dibuat apabila pihak penganjur Tokyo 2020 dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, dan perwakilan dari kerajaan nasional dan pusat Tokyo, bertemu pada Isnin,

Presiden Tokyo 2020, Cik Seiko Hashimoto, menyatakan meskipun beliau akur temasya sukan Olimpik akan lebih selamat tanpa penonton, pihak penganjur masih memikirkan bagaimana untuk membenarkan peminat di tempat acara, seperti di acara-acara lain.

"Memandangkan acara-acara sukan lain diadakan dengan penonton, saya rasa penganjur Tokyo 2020 mempunyai tanggungjawab untuk mencari jalan untuk memahami dan mengurangkan risiko jangkitan sewaktu sukan Olimpik sehingga kita menemui jalan buntu," katanya semasa satu sidang berita selepas laporan Dr Omi diterbitkan. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan