Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik Tokyo 2020 bermula secara rasmi dibayangi COVID-19

Selepas ditangguhkan setahun kerana COVID-19 dan berdepan pelbagai skandal serta kontroversi, upacara pembukaan Olimpik Tokyo 2020 bermula, pada Jumaat (23 Jul) dalam stadium yang hampir kosong.

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik Tokyo 2020 bermula secara rasmi dibayangi COVID-19

Para penari semasa acara pembukaan rasmi Olimpik Tokyo pada 23 Jul 2021 (Gambar: Dylan Martinez/POOL/AFP)

Diterbitkan : 23 Jul 2021 08:54PM Dikemas Kini : 23 Jul 2021 09:54PM

TOKYO: Selepas ditangguhkan setahun kerana COVID-19 dan berdepan pelbagai skandal serta kontroversi, upacara pembukaan Olimpik Tokyo 2020 bermula, pada Jumaat (23 Jul) dalam stadium yang hampir kosong.

Video memaparkan atlit menjalani latihan di rumah ketika pandemik membuka tirai pertunjukan dengan bunga api berwarna merah jambu mewarnai udara selepas kiraan detik.

Upacara pembukaan di dalam stadium berkapasiti 68,000 tempat duduk itu dihadiri beberapa ratus pegawai dan orang kenamaan termasuk Maharaja Jepun Naruhito, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Jill Biden.

Maharaja Naruhito turut mengisytiharkantemasya dibuka secara rasmi. upacara

23 atlit mewakili Singapura di Temasya Sukan tersebut.

Buat kali pertama, kontinjen negara termasuk seorang juara bertahan Olimpik.

Perhatian akan tertumpu kepada Joseph Schooling, pemenang pingat emas Olimpik pertama negara ini.

Perenang 26 tahun itu ialah juara bertahan dan pemegang rekod Olimpik acara 100 meter gaya kupu-kupu.

Seorang lagi pemenang pingat ialah pemain tenis meja Feng Tianwei.

Beliau dan pasukannya akan cuba menebus kekecewaan setelah pulang dengan tangan kosong dalam Sukan Olimpik lalu.

Kontinjen negara tahun ini juga menampilkan 17 atlit yang membuat kemunculan pertama.

Empat akan tampil dalam tiga sukan yang disertai Singapura buat julung-julung kalinya -
memanah, menunggang kuda dan renang lautan terbuka.

Penganjuran temasya Olimpik itu mendapat tentangan penduduk di negara tersebut yang bimbangkan perhimpunan lebih 11,000 atlit akan menyebabkan jangkitan COVID-19.

Pihak penganjur mengenakan langkah pencegahan virus yang begitu ketat, tidak membenarkan penyokong dari luar buat kali pertama dalam sejarah Olimpik selain penonton tempatan juga dilarang memenuhi gelanggang pertandingan.

Atlit, kakitangan sokongan dan media turut tertakluk kepada protokol ketat COVID-19 termasuk menjalani ujian dan pemeriksaan kesihatan pada setiap hari.

Bagaimanapun, semangat Olimpik tetap disambut penduduk Jepun selepas ratusan penyokong berhimpun di luar Stadium Olimpik untuk merasai suasana dan bunga api ketika upacara pembukaan diadakan.

Manakala beberapa ratus lagi orang mengadakan bantahan berhampiran stadium.

Beberapa penaja utama termasuk Toyota dan Panasonic tidak hadir dalam upacara pembukaan itu.

Tokyo kini bergelut dengan lonjakan kes koronavirus dan diletakkan di bawah perintah darurat kesihatan yang bermakna bar dan restoran ditutup pada 8 malam dan tidak boleh menjual alkohol. 

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp, akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan