Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik Tokyo 2020: Atlit menembak nombor satu dunia tarik diri akibat COVID-19

Hill, 23 tahun, disahkan positif ketika menjalani ujian saringan sebelum berlepas ke Tokyo, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik Tokyo 2020: Atlit menembak nombor satu dunia tarik diri akibat COVID-19

Atlit menembak wanita nombor satu dunia, Amber Hill dari Britain. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 Jul 2021 04:05PM Dikemas Kini : 22 Jul 2021 04:09PM

LONDON: Atlit menembak wanita nombor satu dunia, Amber Hill dari Britain menarik diri daripada menyertai Olimpik Tokyo selepas disahkan positif COVID-19, menurut rombongan negara itu pada Rabu (21 Jul).

Hill, 23 tahun, disahkan positif ketika menjalani ujian saringan sebelum berlepas ke Tokyo, lapor Xinhua.

Menurut kerajaan UK, atlit itu kini menjalani kuarantin meskipun dilaporkan tidak mempunyai gejala.

"Sukar untuk gambarkan perasaan saya ketika ini," kata Hill seperti dipetik laman web rasmi Team Britain.

"Selepas menjalani latihan dan mempersiapkan diri selama lima tahun, saya begitu kecewa apabila menerima laporan positif disahkan COVID-19 dan terpaksa menarik diri."

Pasukan Britain mengesahkan tiada atlit yang akan menggantikan Hill.

Awal bulan ini, pemain tenis Britain Johanna Konta dan Dan Evans turut mengumumkan tidak menyertai temasya sukan itu juga akibat dijangkiti COVID-19. 

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp, akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.   

Sumber : Bernama/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan